Home

Sunday, December 4, 2011

Trip KESUMA ke Johor dan Singapura - Day 1

Hai!
Pada 25-28 Nov 2011 yang lalu, saya and geng2 KESUMA (Kesatuan Setiausaha MARA) ada lawatan ke Johor dan Singapura.  Lawatan ni adalah kesinambungan daripada  sambutan hari Setiausaha untuk tahun 2011.  Saya rasa, sambutan untuk tahun ni paling best kot...sebabnya, walaupun kami tidak disajikan dengan konsert2 or hi-tea bersama artis-artis hebat, tapinya banyak sangat lawatan2 kesinambungan daripada sambutan hari Setiausaha tersebut....mana taknya, bulan Julai haritu, pergi lawatan ke Langkawi...then baru-baru ni lawatan ke Singapura pulak! Wow! terubat la jugak hati ni bila dapat pegi melawat sana sini kan..yela,jadi setiausaha ni STRESS tau! STRESS ada tiga (3) sebab...sama ada STRESS dengan KERJA, STRESS dengan BOS ataupun STRESS dengan BOS & KERJA....hahahaha

So, dekat sini, saya nak share sikit la pic2 hasil daripada lawatan saya ke Singapore dan Johor ni...

Ini adalah posing yang wajib saya ambil setiap kali dalam bas bersama dengan kak nisa...nape saya kata wajib, sebabnya cuba tengok entry saya pasal lawatan ke Langkawi, pun ada jugak posed macam ni...haha

Kami bertolak dari ofis (MARA HQ) around 3.30 petang...sebabnya 25 Nov tu kan hari Jumaat...so, sebab tu la bertolak petang, after solat jumaat...yela, dalam trip ni..tak semua perempuan yang join...abg driver 2 orang then ada sorg PA lelaki yang join jugak trip ni...

Jadinya kami bertolak ke Johor Bahru (JB) dari ofis kul 3.30 petang and sampai dalam kul 8.30 petang.  memang sepatutnya boleh sampai lagi awal....tapi kan kami ni naik bas...so speed limit tu kena la ikut peraturan jalan raya kan? ekekeke lagipun jalan jem jugak la dekat area Seremban tu...maklumlah ari jumaat...ramai orang balik kampung.lagipun ari isnin (28 Nov) tu kan cuti umum (Awal Muharram) so orang ramai amik kesempatan untuk pergi bercuti + balik kampung la...

Sesampai je dekat JB, kami di sambut oleh pihak MARA JB dengan wakil pegawai dari Pejabat MARA Daerah Johor (antara yang ada mungkin dari PMD dari Pontian and ada a few lagi..saya lupa dah! ekeke)  untuk makluman, ni first time tau saya jejak kaki kat Johor ni...weeee!!! finally sampai gak kita kat johor!!

So, kami di jamu pada malam tu dekat Restoren Sea Food Remaja...terima kasih diucapkan kepada PMN Johor sebab sudi menyediakan semuanya untuk kami para setiausaha dari MARA ni yang menyertai lawatan ke Singapura ni kan...hehehe

4 dara pingitan...ekekeke dekat restoren sea food remaja...
Our journey bermula pada 26 Nov (Sabtu) so pada hari ni la kami semua start masuk ke Singapura....disebabkan di dalam aturcara lawatan, tempat pertama yang akan dituju pada hari ni, adalah ke Universal Studio of Singapore...jadinya sebelum saya pergi, saya dah usha2 dulu blog orang lain...kebetulan, salah seorang daripada blogger yang saya follow, Fatin Liyana, dia pun baru balik dari Singapore then pergi USS jugak...so saya amik la tips2 yang dia bagi....about hujan and wut so ever dekat sana...Thanks Fatin for your info...

Cik Mas and Cik Niesa...
saya dan Cik Ika...
 Dua pic di atas ni, masa time kiteorang breakfast...so sebabkan nak teruskan journey yang agak hebat pada hari tu...so kami pun makan dengan sangat dahsyat! wakakakaka sebabnya dalam jadual, time lunch dijadualkan kul 4 petang! so, nak atau tidak...kena paksa diri untuk makan lebih sket...kalo tak nanti lapar kat dalam USS tu kan...hahaha

Haa...dengan berbekalkan SGD 100...saya dengan confident nye bawak masuk ke Singapore...wakakakkaka bawak duit 100 je g jalan2...ntah pape ntah Cik N ni kan?? adoiyai! tapi...nak buat pe bawak duit banyak2? dalam pakej lawatan ni..all include...tiket lawatan, kenderaan, tempat tinggal even makan pun disediakan...so juz bawak pocket money je..so, saya malas nk shopping banyak2....lagipun, nak shopping ape sangat la dekat sana kan? sebabnya, perasan tak, orang Singapore pun datang negara kita time YES(Year End Sale) or other type of sale untuk shopping giler2 dekat sini kan? so untuk orang yg perpendapatan kurang macam saya ni..tak payah la nak shopping2 sangat kan? beli apa yang kita tak pernah jumpa dekat negara kita je...tu yang penting...

Hari sabtu pun kereta banyak nak masuk ke Singapore
keadaan dekat jambatan penghubung antara Singapore dan Johor..
So, for next entry...saya cerita pengalaman dekat USS pulak k...

No comments:

Post a Comment