Home

Wednesday, November 28, 2012

Pengalaman: Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang (Part 2)



Assalammualaikum, 
okeh ni sambungan dari episod yang hari tu...
selepas berpenat lelah mendaki kanopi walk, jalan2 melawat perkampungan orang asli, berbasah-basahan main air sungai Kuala Tahan then seterusnya ada kelas pada malam tu..kelas ni untuk sesi perbentangan selepas program2 yang telah dijalankan...kiranya macam rumusan kepada semua program2 ni la...

budak yang tengah tulis tu macam terer je...hahahahahahaha (mengata diri sendiri!)

ini group saya...

So, selepas sesi pembentangan ni, kami dibenarkan balik untuk berehat2 sebab esoknya ada sesi lain pulak...sesi keesokkan harinya dikendalikan oleh KBM...program yang diberi memang bagus...lebih kepada kesedaran diri dan lebih mendekatkan diri kepada Pencipta kita Allah S.W.T...

Mula-mula dia adakan proses mengenali diri dan orang lain, then banyak lagi la...tapi saya rasa program ni memang bagus, memberi kesedaran betapa selama ni kita alpa dengan segala tanggung jawab...kita rasa kita dah buat yang terbaik, tapi sebenarnya masih belum ada yang cukup...erm...banyak la benda yang telah membuatkan saya sedar dari 'mimpi yang lena'..

bukan main seronok main tepuk amai2...hehe

orang lain berteleku tunduk menginsafi diri...tapi budak nakal 2 org ni? hehehe bergosip plak!
aktiviti ni memang agak memedihkan (sebab letak lilin atas tapak tangan kot!!

ni close up pic lilin atas tangan...
nampak tak kesan kt tapak tangan saya tu, tu kesan dari terbakar kena lilin masa progam ni la...abaikan lukisan di jari...hehehe
ermmm...yang pasal sesi letak lilin dekat tapak tangan ni saya suka....pihak penganjur bagi sebatang lilin kecik, dia letakkan atas tapak tangan then dia bakar, lepas tu dia bagi seketul arang and sekeping kertas putih berbentuk hati....semasa sesi ni berjalan, rasanya rata2 semua orang menangis sebabnya dia mengambarkan betapa banyaknya tindakan kita dan perbuatan kita yang telah kita lakukan selama ini untuk mengotorkan hati kita tanpa kita sedar atau semasa kita sedar....lilin dekat tangan pula macam mengambarkan, kalau kita rasa sakit kulit dibakar dengan lilin, rasa panas terbakar tu cuma 1% je kalau nak diikutkan or kalau nk compare dengan rasa panas di Neraka...memang saya menahan rasa sakit masa lilin tu bakar tapak tangan saya sampai mengigil2 la tangan ni...huhuhuhu memang sakit bila kita sengaja bakar kulit kita...bayangkan azab dekat api neraka nanti macam mana? Nauzubillah...Ya Allah, ampunkan la dosa-dosaku, ibu bapaku, adik beradik ku, sahabat-sahabatku dan juga semua saudara mara seislam ku...jauhilah kami dari azab api neraka mu...amin.

acara seterusnya, 'Meniti angin malam' ingatkan nigth walk rupanya dalam dewan tu jugak..haha

waktu ni, saya sendiri tak tau yang sebelah saya ni replika kubur!

tengok! saya terkejut dalam keadaan mamai pandang replika kubur dekat sebelah saya...
 MENITI ANGIN MALAM...saya membayangkan sesi ni NIGHT WALK! dah ngeri dah time tu sebab ingatkan kena jalan tutup mata malam2 gelap kt hutan tu...wakakakkaka teringat masa zaman sekolah2 dulu... tapi sangkaan saya meleset, kami memang kena tutup mata...tapi cuma digerakkan dalam kawasan dewan tu saje...saya pulak kebetulan malam tu macam sangat penat...dah la program ni tengah malam...jadinya, bila kena tutup mata then duduk diam2 dalam gelap, speaker tepi telinga pun saya tak sedar....saya sedar2 je tiba2 ada orang menjerit2 then 'MARABBUKA' - SIAPA TUHAN KAMU!! berderau darah saya...yela tengah tidur, dengan agak lena sambil terduduk tiba2 ada orang menjerit kena seksa pastu sebut perkataan tu...terus saya terjaga dalam keadaan blur...then beristighfar panjang...rupanya dorang dah lama melakonkan kejadian/peristiwa di alam kubur rupanya...saya ni terlelap, sedar2 je tiba2 orang tu kena seksa dalam kubur...huhuhuhuhu padahal speaker tepi telinga je sebab saya duduk depan skali....then dorang selubungkan dengan kain putih yang dah ada kapur barus dan setanggi, ermmm...perasaan time tu, blur! aduh! teruk btol saya kan? huhuhuhu

Then bila dia suruh bukak mata, saya terkejut sebab nampak batu nisan btol2 sebelah kaki saya...adoiyai! time tu memang dah tak boleh nak fokus, sebabnya tak tau cerita ujung pangkal, tiba2 dah nak sampai ending je...hahahahahah len kali jangan tido!! tapi ada kejadian lain la time tu....saya rasa tak perlu nak cerita kot, takot membuka aib orang...huhuhu

sesi bermaaf-maafan..

sedih akak ni...sampai merah2 hidung...huhu

orang lain menulis heart to heart dekat orang tersayang...saya pulak, tak tau ape yang saya tulis...tak tau napa time tu tiba2 blur...

Okeh, ni sesi akhir...saya banyak tertinggal untuk sesi akhir ni sebab nya saya kena prepare teks untuk jd MC bagi majlis penutup tengah hari tu...so, tak dapat nk ngulas banyak la...cuma ape yang boleh saya cakap, sepanjang program tu memang tak ada setitis pun air mata saya jatuh...orang lain menangis beriya...saya ni langsung tak menangis....bukan keras hati, cuma mungkin saya ni memang susah nak menangis...huhuhu

Tapi overall saya memang suka program ni....dan kalau ada lagi program macam ni, saya tak teragak-agak untuk turut serta... i like!!


Okey, sekian untuk post kali ni....terima kasih....

Pengalaman: Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang (Part 1)

Assalammualaikum w.b.t
Salam 1Malaysia,

Sowi la...da lama sangat saya ni tak ada masa nak update my lovely blog ni...
Kesibukkan dengan jadual kerja yang tak tentu masa...
Sampai org yang tersayang pun asyik majuk je dengan saya...hak3! ngade!

Last 2 week saya kena attend kursus dekat Kuala Tahan...masa dapat surat tawaran tu, perghh! hati rasa cam suka pun ada, tak suka pun ada gak (yang tak suka tu biasa la..bisikan syaitan laknatullah..)

Then bila sampai pada hari yang nak kena pergi kursus tu, macam2 masalah datang...dengan tak ada orang nak hantar saya ke ofis (ye la...bwk barang byk...ayah pulak guna kereta saya sebab ada urusan..pergh! stress!)

Nasib baik la azan subuh awal sekarang ni...so saya bangun seawal jam 5 pagi, bersiap2 dan lepas je azan subuh terus solat then terus angkat kaki pergi...saya kejutkan adik saya jam 5.45 pagi...kesian dia terpisat-pisat bangun then pergi cuci muka...saya suruh dia solat dulu then baru hantar saya...kul 6 pagi saya dah terpacak dekat stesyen komuter...pada waktu tu...saya tengok, ramai jugak org, tapi yang peliknya kebanyakkannya orang indonesia dan orang dari myanmar....orang melayu kita boleh la nak dikira dengan jari....nampak sangat sungguh bersungguh2 mereka ni datang ke sini mencari rezeki yang halal...bagus lah kan?

So, bila da naik tren kul 6 pg, saya igtkan mungkins saya boleh sampai ke Bank Negara sebelum kul 7, tapi sangkaan saya memang meleset....KTM Komuter memang macam siput...kul 7.15 pg baru saya sampai...ape da!! bawak kereta Shah Alam - KL tak sampai setengah jam kot (tu pun kalo tak jem la..)

semua muka semangat je nak pergi kursus...hehehehe

Perjalanan agak panjang and memenatkan...ye la sebab naik bas...so agak penat la kan..kalo ikutkan naik kereta drive sendiri memang takkan sampai 4 jam...betul tak?

inilah tempat penginapan kami...Woodland Resort...nama dah macam dekat Singapore nye tempat je kan? tapi sayangnya saya lupa nak snap pic tempat kediaman kami...cantik...dia macam chalet rumah kayu...boleh tempatkan 3 org dlm 1 bilik...

So sesampai je dekat sana, aktiviti yang dinanti-nantikan adalah Canopy walk and menaiki bot ke perkampungan orang asli...

muka masing-masing excited nak naik bot

haaa...gembira sangatkan muka masing2...ni sebelum dibasahkan dengan air sungai...

canopy walk...bagus akak2 ni semangat naik tangga yang banyak ni...

masa ni tengah tunggu turn utk naik jambatan gantung canopy walk tu...

tinggi kot time ni...tapi sempat posing...ekekeke
Masa tengah jalan dekat canopy walk ni, boleh pulak hujan lebat...hujan pulak tu memang tak de kasi signal ape-ape...tiba2 terus turun je...saya gagahkan diri jugaklah jalan...hujan dekat hutan bersih la sikit dari dekat bandar kan?

Then selesai canopy walk...kami dibawa menaiki bot pergi perkampungan orang asli...dalam perjalanan tu saje dah basah kuyup! terima kasih la kepada abg yang bawak bot and org2 yg bawak bot sekeliling tu...memang saje je nak bagi basah kuyup kan? haish! saya rasa memang langsung tak ada ruang dekat badan saya yang langsung tak basah time tu tau! da la hujan, kena simbah dengan air sungai tahan lagi...haish! sabar je la...

ini sebahagian dari group saya...

yang hensem (hensem ke??) pakai baju kuning  ni la Tok Batin kampung orang asli ni...

Kalau nak tau, rumah2 orang asli ni dibina oleh kaum wanita dorang...wow! Girl Power!!

sian akak2 ni...mengah2 nak naik ke kawasan perkampungan lain...

ini antara rumah-rumah kaum asli dekat kampung tu...
Okeh! ini fakta pasal masyarakat orang asli dekat sini, saya difahamkan mereka mempunyai amalan dan juga kepercayaan yang lain dari kita...antaranya adalah berkaitan kematian, mereka ni kalau ada kematian, dorang akan ikat mayat tersebut dekat atas pokok then dibiarkan sementara dalam masa seminggu or dua minggu, then akan ahli keluarga si mati tersebut akan datang semula ke tempat mayat tersebut, kalau dia tengok mayat tu dah tak ada, jadinya mereka beranggapan mayat tersebut telah diangkat oleh Tuhan ke langit...itu menurut kepercayaan mereka la...

Then menurut kepercayaan kaum asli ni jugak, dari segi perkahwinan...jika ada lelaki dari kampung A berkenan dekat gadis dari kampung B, Tok Batin kampung tersebut akan berunding dgn Tok Batin kampung si perempuan dan berbincang mengenai pasangan tersebut dan si lelaki A dan perempuan B akan dibiarkan 'tidur bersama' dahulu...keesokkan harinya, Tok Batin kampung lelaki A akan bertanya kepada si perempuan B, adakah keputusan nya 'memuaskan' dan beliau bersetuju atau tidak untuk berkahwin dengan lelaki A tersebut? kalau perempuan B kata dia 'puas hati' dan setuju maka berkahwin la mereka...kalau tak 'berpuas hati' dan tak bersetuju maka tak boleh la kawin....hahahahaha gelak besar saya bila tau benda ni...adoiyai! untuk makluman, kaum asli kampung yg saya pergi ni masih belum ada pendedahan agama lagi, jadinya mereka masih lagi memegang teguh agama dan amalan nenek moyang mereka...


Teringat saya masa berada di Vietnam dulu, saya juga difahamkan, wanita Vietnam mensyaratkan 3 perkara kepada lelaki Vietnam bagi membolehkan mereka berkahwin...syarat dia mesti ada 3H... Hensem, House & Honda! hahahahahaha maknanya wanita Vietnam mengutamakan rupa di dalam pemilihan pasangan mereka, memandangkan dekat Negara Vietnam, mereka masih lagi digolongkan sebagai negera kelas ketiga, jadinya mereka mahukan jaminan hidup...nak dapatkan sebuah rumah memang payah lebih2 lagi di kota Saigon..jadinya lelaki yang mampu untuk mempunyai rumah untuk tempat tinggal adalah pilihan terbaik..dan H ketiga di dalam pemilihan mereka adalah HONDA...kenapa Honda? sebab kalau nak tau dekat Vietnam pengangkutan utama mereka adalah motosikal...
ni suasana dekat Vietnam 2 tahun lepas (tahun 2010) masa saya pergi ke sana...
 So kalo kita dekat Malaysia ni lebih suka orang yang ada pengangkutan sendiri atau senang cerita, nak pegi dating kena ada kereta, dekat Vietnam da ada motor jenama Honda pun dah cukup bagi dorang...and yang lagi best, kadang kemalangan jalan raya dorang kurang berbanding dekat Malaysia...sebab dorang dekat Vietnam sangat berhati-hati and tak ada mat rempit langsung!! bawak paling  laju pun 60 KM/J...kita kt Malaysia ni, motor boleh duduk dekat lane kanan sekali, meter motor tu paling kurang pun 130-140 KM/J...bayangkan betapa lajunya, siap potong kereta yang tengah laju lagi...adoiyai!!

Eh2! tiba2 tercerita pasal Vietnam pulak! padahal tengah cerita pasal orang asli tadi kan? hahahahahah tersasar pulak dah! adoiyai! okeh kita sambung pasal orang asli tadi (yang pasal Vietnam, lain kali saya story morry ye...) okeh, kalau nak tau, orang asli dekat Kuala Tahan tu, kaum wanita dia wajib untuk tau macam mana nak buat rumah...sebab tugas untuk buat rumah ni memang khas untuk kaum wanita dia...sebab kaum lelaki telah dipertanggungjawabkan untuk mencari rezeki dan menjaga keselamatan mereka...wow!! hebat kan kaum wanita asli ni...pandai buat rumah...cuba suruh saya buat rumah?? memang tak la nak pandai! nak suruh anyam ketupat pun silap2 jadi tikar anyaman nanti! wakakakakaka....

kita sambung next entry untuk sambungan pasal kursus Eksmind ni..boleh tak?? kalo tak boleh, saya boleh kan jugak!! muahahahaha

Monday, September 3, 2012

Hari raya = Family Gathering

Dah nama pun hari raya kan? time ni la kita nak berkumpul-kumpul sesama keluarga...time ni jugak la nak berjumpa sanak saudara...

This is my nenek...tapi orang negeri sembilan panggi 'uwan'

Yang ni, separuh je dari yang sepatutnya...ye la, adik beradik mak saya 9 orang...so nak kumpul 9 orang termasuk ipar duai masing2 memang payah la kan? hik3!

Actually, 2 weeks before puasa uwan saya (nenek) sakit teruk...demam, cirit birit, tak nak makan, langsung tak boleh nak bangun...jadinya ade la sikit conflict adik beradik yang terjadi...tapi conflict tak serius la...biasalah, seorang ibu boleh jaga 9 orang anak dia...tapi 9 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu dengan baik...

Jadinya saya decide, saya bincang dengan mak saya, saya kata..tak pe la mak...kita jaga uwan secara bergilir dengan adik beradik mak saya yang lain..sebabnya mostly makcik2 saya bekerja...so mak saya suri rumah, time waktu kerja, mak saya jaga..then weekend kalo mana2 makcik or pakcik saya nak amik or datang melawat uwan saya, anytime boleh...tak ada halangan dan rintangan....so starting from puasa haritu, memang family saya, family makcik2 saya bergilir menjaga uwan saya...masuk hospital tu memang kerap la...da mcm 'hotel' rasanya hospital tu bagi uwan saya...sebab dia dehidrasi teruk mase demam tu....

Then, atas jagaan rapi anak2 uwan saya ni termasuk cucu2 dia...alhamdulillah uwan saya semakin sihat...saya sangat happy! yeay! heehehehehe yela, uwan saya ni, saya rasa uwan yang paling best in the world la...dari masa dia sihat dulu lagi...susah nak tengok uwan saya marah2...uwan masak pun sedap, sangat open minded and tak de la nak protokol2 sangat! uwan saya memang best...sebab tu masa uwan saya sakit haritu, saya susah hati betul...huhuhu

ini separuh dari sepupu2 saya...

sepupu2 ni je la yang selalu keep in touch each other....yang lain still closed, tapi biasalah masing2 dah besar...ada life sendiri...

So, inilah kisah cerita raya untuk 2012...hehe

My MELINDA!

Salam,
Hai!
Ingat tak saya ada post pasal kereta? check this: http://butterfliesshawl.blogspot.com/2012/07/cerita-pasal-kereta.html

Finally...after 3 tahun bekerja and carik duit sendiri....this is my new baby...hehe


Kereta comei je...ni je yang mampu saya beli...tsk3! tapi tak pe la...asalkan senang saya nak bergerak ke sana kemari...kan?? so, saya namakan my new baby ni, my baby Melinda...hahaha sesuai kan? keh3!

Monday, August 27, 2012

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin


Kami dua beradik,
dengan berbesar hatinya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua my blog reader....tak kisah la yang singgah kejap2 ke, singgah selalu ke, ataupun pembaca setia blog saya (ader ke?? hahahaha)
Anyway...thank's a alot sebab sudi singgah dekat blog saya yang tak seberapa ni kan...nak update2 selalu tak boleh, asyik kekangan masa je...adoiyai! time bos tak de ni la yang boleh nak update mcm2...

So, ucapan saya...makan lah berpada-pada, biar sedikit asalkan tak buncit....
bawak kereta pun berhati-hati lah dijalan raya semasa di hari raya untuk beraya bersama sanak saudara....hehe


Warna pink memang bukan warna pilihan hati saya..huhu harap maklum, sebab tu la tak ade lagi pic raya 1 family....tapi, tengoklah pada kerajinan saya nanti...mana tau ade mood yang baik, saya akan paksa family saya untuk bergambar 1 family di hari raya...ekekeke walaupun nanti pic tu ditangkap pada hari raya yang ke 15 or 16...arrgghh! biarlah...hari raya jugakkan?? tak semestinya raya pertama je kena bergambar2....raya kan sebulan...tul tak??

Okey....baju ni saya feveret! walaupun ayah saya kata saya nampak macam ice cream....tapi saya peduli ape...saya suka sangat kaler green apple ni..ermm..yg x bestnya, saya lupa nak pakai lipstick dlm pic ni...hahahaha so muka nampak pucat....adoiyai!




Okey...ini adalah hasil tangan saya....ekekeke walaupun semuanya instant...tapi kalo tak ada nawaitu untuk buat...payah wooo!! wakakakakaka ade lagi cookies and kek yang saya buat...tapi tak sampai 1 hari dah habih....tak sompek mokcik nak snap pic...tak pe la..ini la nama dia hari raya kan??

so, SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN!!

Monday, July 9, 2012

Work OVERLOAD!

Muntah! Muntah! Muntah! erkkk!! tolong la...saya dah sangat2 rasa nak muntah pandang sume keje yang belambak2 skali kuar dari bilik bos...

Sape kata jadi Secretary tak busy?? Sape kata keje gomen tak busy?? huh! saya dah overdose rasanya nak memandang semua ni...owh no!! tolong bawak saya pergi jauh2 dari sini!! stress! huhu


p/s: nak menulis pun dah tak ade ruang dah kot.mungkin sy kena request meja besar sket lagi kot..huhu

Tuesday, June 12, 2012

Kuala Terengganu, Terengganu

Salam,

Hai! lama dah tak update blog saya ni...sorry la, macam biasa...kehidupan yang penuh dengan kertas! hari2 bergelumang dengan kertas...hahahaha ayat pendek dia, saya sibuk dengan kerja la...haa! kan senang tulis camtu je kan?? adoiyai!

Last 2 weeks, saya kena pergi kursus dekat Kuala Terengganu... Kursus Magnet Diri untuk Setiausaha...kata nya!! hahaha dalam fikiran saya membayangkan, abih la, after kursus ni..semua main bantai melekat2 la..sebab kata pun magnet diri kan? hahahaha

Actually, kursus tu agak menarik...langsung tak mengantuk dan tak bosan...tak sempat langsung nak menguap...mungkin sebab trainer dia hensem...jeng3! hehehe

Macam kenal kan? memang la kenal, En. Amin ni personaliti TV Al-Hijrah

Jadual kursus agak penuh dan sesak...pagi, petang and malam pun ada kelas jugak...so memang tak sempat la nak pergi berjimba2 ni...memandangkan ada dinner sume bagai dekat sana, so memang saya langsung tak dapat nak ambil kesempatan untuk pergi jalan2..dapat tengok laut dari jauh je la..huhu sedih...

Untuk malam dinner tu, ada award yang kami sediakan..saje je la buat award ni...untuk dijadikan penghargaan dan motivasi diri kepada semua Setiausaha dekat MARA ni...


Ada 5 award mengikut kategori yang berlainan..then ada lagi 1 award anugerah khas...semua personaliti dinilai oleh En. Amin Idris sendiri sepanjang kursus ni berlangsung...so tak boleh la nak kata unfair ke ape kan?

inilah pemenang anugerah personaliti terbaik keseluruhan, akak yg pegang award tu tau...bidadari yg berdiri kt sebelah tu tumpang bergambar je...hahaha

Mula2 saya ingatkan macam ramai yang tak nak pergi kursus ni sebab buat jauh...da la naik bas, perjalanan pergi je amik masa dekat 10 jam! bayangkan! ye la, naik bas...pastu banyak benti2 la tu...so memang sangat memenatkan...

Keseluruhan peserta yang turut serta dalam kursus ni...

Habis je dinner malam tu, saya berpakat ajak kawan baik saya untuk tangkap gambar outdoor pulak...saje je la kan...ye la,sepanjang kursus tu asyik duduk dalam bilik hotel je..langsung tak keluar2...dah la 1st time datang Kuala Terengganu ni, tak kan la tak nak keluar jalan2 kan?

gelap kan? nak buat cmne, malam da baru boleh nak keluar..ni pun dengan bantuan lampu jalan...sabar je la...

Last day kursus, kami dibawa ke pasar payang...saya ni punyalah excited! tak pernah sampai kan? ingatkan pasar payang tu macam super market! hahahahahaha teruk nau! rupa2nya pasar payang tu lebih kurang je macam pasar seksyen 16, shah alam...adeh! cuma bezanya pasar payang tu kat tepi laut...

Sekarang ni kan musim panas..memang panas giler la dekat sana...yang paling bestnya, saya tak faham bila tengok orang ramai boleh pulak la duduk bersantai2 dekat pangkin depan pasar payang baru dengan keadaan panas giler...panas laut la katakan..boleh bayangkan tak macam mana dia punya panas? pergghhh!!

Balik je Shah Alam, memang seminggu la saya menderita...kulit muka kering dan menggelupas...baru kena panas dalam masa 15 minit (time tu keluar pegi pasar payang tu la)...Subhanallah...bayangkan baru panas laut yang sikit tu kulit saya dah menggelupas teruk...hurmm...kalau panas api neraka? adoi! tak boleh nak bayangkan lagi... Ya Allah, jauhilah aku dan keluargaku dari pintu neraka mu...huhuhu

Sunday, May 20, 2012

Lawatan Amal Ke Rumah Bakti Al-Kausar



19 Mei 2012

Saya menyertai Badan Rekreasi dan Riadah Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari (BKRBPPS), ni dulu bahagian saya la ni membuat lawatan amal ke Rumah Bakti Al-Kausar di Bangi.

Memandangkan saya ni tak mempunyai adik beradik yang ramai, jadinya saya memang suka pergi or mengikuti program2 macam ni...in the same time, dia mengajar kita untuk rasa bersyukur and lebih menyanyangi dan menghargai ibu bapa dan ahli keluarga kita...

Kebanyakkan adik2 ni bukanlah anak yatim piatu, mereka masih ada ibu atau bapa dan ada juga yang masih ada kedua2 nye, tetapi datang dari keluarga yang miskin dan tidak berkemampuan.

Jika ada yang berminat untuk pergi ke sana ataupun memberi sumbangan kepada Rumah Bakti Al-Kausar ni, boleh la berbuat demikian di:



pertandingan mewarna untuk bawah 12 thn..

3 orang adik ni dapat hadiah tau! menang...

photographer tak bertauliah! hahaha

memerhati adik saya mewarna

siap tanggal kasut kau! hahaha

acara tiup belon...

inilah semua yang menjayakan program ini...

acara makan2 dekat KFC

dan akhirnya...semua da penat...saya pengsan dulu...hahaha


sekian sahaja...bye! hehe