Home

Sunday, July 29, 2012

Kerja main-main tepung...

28 Jun 2012...genaplah umur mak saya 51 tahun...yeay! happy birthday mak!! sebabkan saya malas nak keluar pergi beli kek...so saya tanya dekat mak, mak cakap je nak makan kek ape...saya tlg buatkan....hik3! (dalam hati berdebar...kalo mak suruh buat kek yang hebat...mampuih! memang ke bakery jugak la jawabnya...hahaha)
then suddenly mak kata, "kakak ko buat carrot cheese cake la macam raya dulu"...saya pun dengan confident nye..."owh! carrot cheese cake eh? owrite! bereh!" sambil2 tu membelek buku resipi kek and cookies yang beli masa kuar berbuka puasa dengan MHM aritu...hahahahahahaha

Saya memang ada beli mixer...tapi malas bebenor nak kuarkan dari kotak, nak bersihkan mixer tu sebelum guna....so, dengan kuasa dan kekuatan sakti adik lelaki saya tu (ayat nak power je kan?!) saya dengan berbesar hatinya bagi besen yang berisi mentega 250gram dan gula 150gram untuk dipukul sehingga kembang kepada adik lelaki saya yang gagah perkasa itu....hahahaha memang ajaib, tak sampai beberapa minit mentega dan gula saya telah dipukul sehingga kembang...dengan arahan dan kuasa vito yang saya ada, saya suruh adik saya pecah 3 biji telur dan dipukul rata lagi sementara saya sagat lobak merah dengan ganasnya! (wah! ayat dramtik!) sesudah itu, saya pun tapiskan tepung superfine bersama serbuk kayu manis dan baking powder 1 sudu kecil ke dalam besen lain....sesudah itu saya campurkan ke dalam adunan mentega yang telah adik saya pukul sehingga kembang...setelah dicampurkan kesemua bahan, adik saya yang gagah itu, tanpa mengenal erti penat, beliau meneruskan pukulan sehinga semuanya sebati dan saya terus beri dia bekas aluminum untuk di isi kesemua bahan2 tersebut dan terus dicampakkan ke dalam oven dan di bakar dengan suhu 180'c selama 30-40 minit....perghh!! bau dia menusuk2...

Di samping saya menyediakan adunan kek tersebut, mak saya yang rajin tu dengan baik hatinya potong2 kentang, tumbuk2 bawang sket bersama cili api...then kuarkan serbuk kari dan daging cincang...setelah selesai, dengan selambanya beliau mencampak kesemua adunan tersebut  ke dalam kuali....dan tiba2 aroma di dapur bertukar menjadi aroma inti karipap...pergh! memang sangat menusuk kalbu! sambil menunggu kek saya masak, saya dengan rajin nye membantu mak saya uli tepung karipap (masuk bakul angkat sendiri ni punya statement!)...pergh! memang best! bersemangat rasanya hati untuk berbuka puasa....

selesai membantu mak saya untuk karipap session, saya pun terus keluarkan dari fridge cream cheese 250gram bersama yogurt 150gram, gula halus 150gram dan sedikit perahan jus lemon...dan sekali lagi, dengan kuasa sakti saya, saya mengarahkan adik lelaki saya yang gagah perkasa itu untuk memukul kesemua adunan tersebut sehingga sebati (tapi dia buat ala kadar je, sebab tu la cream cheese sy tak smooth! nampak berketul2 sket! choy!) then saya terus masukkan dalam fridge untuk bagi cheese tersebut rest sementara nak tunggu cake masak...

then, memandang cheese tersebut macam agak banyak, jadinya saya terus keluarkan oreo, dan mematah2kan kepingan biskut coklat tersebut sambil mengasingkan gula di tengah biskut tersebut dan menyusun dengan baik di dalam bekas...dan mengambil 1sudu besar gelatin (Halalgel...pastikan yang halal!) dan dibancuh dengan sedikit air panas dan dikacau sehingga rata....
*actually, sebenarnya untuk based oreo cheese cake, oreo tu kena blander sampai jadi serbuk, then ratakan sampai mampat dekat bekas aluminium bersama sedikit butter then bakar dalam masa 5 minit dalam suhu yang sederhana then keluarkan pastu bagi sejuk sikit baru campurkan dengan adunan cheese tadi...

Selepas menyusun oreo tersebut dengan cantiknya, saya pun bahagi dua adunan cheese tersebut separuh untuk topping carrot cheese cake dan lagi separuh adalah untuk oreo cheese cake...yang untuk oreo cheese cake, saya campurkan bancuhan gelatin ke dalam adunan cheese tersebut dan di gaul sebati...ambil beberapa keping oreo, patah2 kan dan masukkan ke dalam adunan cheese itu dan...phhuuufff! jadilah OREO CHEESE CAKE! senang kan??? pastu, tutup dengan aluminium foiled, then simpan dalam peti sejuk....senang giler!! sedap lak tu! ( okey...angkat bakul bangun sendiri...ehh???!!)
ini adalah oreo cheese cake saya...kalo tak suka kaler putih macam ni, boleh di tambah serbuk koko untuk tambahan rasa dan warna koko....senang kan??

okey berbalik kepada carrot cheese cake saya tadi...bila dah masak...saya keluarkan dari oven....biar dia sejuk....kemudian, agak2 dah sejuk, alihkan kek tersebut ke dalam pinggan (pastikan alih betul2 tgh2 pinggan...jgn contohi dalam pic ni ye...saya letak kek senget sket, pastu orang yg letak topping ni (mak saya la tu...) pun main curah je ke ladang gandum ikut suka2 (mentang2 la ni kek dia) terus jadi tak balance...nampak senget sebelah kan? haish!

nak letak topping, pastikan kek dah sejuk tau! jangan time panas2 tu ko letak topping jah! hehehe...okey...saya tau kek saya simple je...nak hias2 pun tak pandai....huhuhu...tapi yang penting, rasa dia sama macam dalam buku resipi and sangat sama macam orang yang selalu jual2 kt opis! yes! berjaya...cuma kena belajar lagi cmne nak buat topping cantik2...huhuhu

so ini pandangan dari atas....

ini pandangan dari sisi...

So, kepada mak saya....selamat hari lahir! luv u mak! semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, di beri kebahagiaan di dunia dan akhirat....selamat berpuasa kepada semua! (sowi ye kengkawan...time2 bulan puasa ni la saya keluarkan entry makanan kan? huhuhu)

Friday, July 13, 2012

Percaya tak??


Percaya tak saya makan sorang je semua ni...then yang best nye...HABIS OKEY! hahahaha

Thursday, July 12, 2012

APA DAH JADI???

Salam,

Saya baca paper dari semalam dah rasa macam pelik and pusing-pusing sikit kepala ni melihat dan membaca statement orang yang pelik-pelik belaka...
Mungkin betul, dah akhir zaman....sekarang ni pun dah banyak tanda2 kecil dan besar kiamat dah bermula kelihatan antara kita sedar atau pun tidak je kan?

Antara berita yang paling saya rasa macam...hurmmm...haish! entah la..tak tau macam mana nak cakap la kan..berita ni la...

ini surat khabar bertarikh 12 Julai 2012

yang ni pulak surat khabar bertarikh 13 Julai 2012

Saya tak de la berminat sangat untuk menyokong mana2 parti ataupun hal2 yang berkaitan dengan politik ni...bagi saya, mana2 pihak yang memerintah saya tak kisah...asalkan, semuanya berjalan dengan lancar, Malaysia aman damai, tak ada kemunduran dan penindasan dari segi ekonomi, sosial mahupun pendidikan, keselamatan negara dan juga kehormatan di dalam beragama juga dipelihara.

Cuma apa yang menarik perhatian saya terhadap artikel di muka surat hadapan surat khabar ni adalah...
Kenapa la orang melayu kita yang beragama islam ni, sangat mudah menghukum orang lain berdasarkan kefahaman sendiri?  mengapa perlu menyesatkan dan disesatkan orang lain semata-mata kerana fahaman politik yang berbeza? dan saya sangat tak suka bila sesama kita orang melayu islam ni MENGKHAFIRKAN DAN JUGA MENYATAKAN ORANG LAIN SESAT hanya kerana untuk menegakkan benang yang basah??! kenapa perlu memperjudikan agama dan akhlak kita sebagai umat islam semata-mata untuk menjadi pemenang?

Berita ni agak mendukacitakan saya...memang pasangan suami isteri yang baru bercerai ni tak ada kena mengena dengan saya, cuma saya rasa macam agak sedih la....rumah tangga yang dah dibina bertahun-tahun akhirnya hancur hanya kerana kefahaman berpolitk berbeza...tak malu ke orang yang berbangsa lain dan juga beragama lain memandang sinis dekat kita sebabkan masalah remeh temeh ni diperbesarkan??

Sekali lagi saya nyatakan yang saya tidak menyokong mana-mana pihak...cuma bila berita macam ni keluar, saya rasa macam tak sedap...saya jugak tidak menuding jari kepada mana-mana pihak...actually, cerita hal rumah tangga ni tak patut dijaja dan tak perlu lah sampai ke pengetahuan umum...tak baik mengaibkan sesiapa tak kira lah walau siapa pun dia dan kita...

Fikir-fikirkan lah...

Tuesday, July 10, 2012

Cerita pasal kereta...

Saya ni dah lama sebenarnya nak beli kereta...
tapi tak tau la kenapa masih belum tergerak hati nak beli...
sebenarnya, walaupun orang sekarang ni, kalo boleh 3 bulan gaji pertama dah buat untuk angkat kereta, tapi saya masih memikir jauh mengenai pembelian kereta ni...bukan kedekut tau! cuma, saya ni pergi kerja naik tren, pastu weekend jarang jalan2..so bagi saya, keperluan untuk ada kereta tu macam kurang...saya takot nanti saya beli kereta, then kereta tu dok tersadai je kat depan rumah...

Tapi, kebelakangan ni, saya dah mula untuk berfikir dan berkehendakkan kereta...
pastu selera tinggi lak tu..melebihi kemampuan sendiri...wakakaka biasalah manusia kan??
saya paling suka giler kerta Mazda 3...tak tau la nape suka sangat-sangat kereta ni...


owwhhh!! hensem nye la kereta ni....lol! tapi memang la..kalo la gaji saya RM 6K, memang dah lama saya sebat kereta ni kot! tapi malangnya...saya terpaksa melupakan harapan dan keinginan yang sungguh menebal itu....huhuhu

pagi2 selalunya saya akan pergi ke stesyen KTM Komuter dengan menaiki motor, adik saya nak pergi sekolah, dia akan hantar saya dulu ke stesyen komuter, then last week, saya terserempak pulak la dengan kereta ni dekat rumah kawasan kejiranan saya tu...Honda Jazz Hybrid...cam best jugak kereta ni saya tengok, walaupun nampak macam agak seperti 'akuarium' tapi, sebenarnya kereta ni smart!

memang la kalo tengok secara live nye kereta ni sangatlah comel and yang paling penting, save minyak la kan..hakakakaka saya dok gak survey2 harga..pergh! boleh tahan gak rege dia..hurmm....tak mampu mok cik nak pakai...so, buat masa ni lupakan je la ye....

pilih la berapa banyak punya kereta yang ada dekat Malaysia ni pun...tapi kalo tak berkemampuan, buat la cara tak berkemampuan tu kan? kereta adalah liabiliti, bukan aset tau! so, kereta ni termasuk di dalam kategori keperluan untuk masa sekarang ni...jadinya saya memilih untuk beli kereta comel ni je la...sesuai dengan kecomelan saya (ahaks!) + kewangan saya pun sangat mampu di dalam urusan pembelian kereta ni....
tengok la...insyaallah dalam tahun ni jugak saya memang akan keluar kereta untuk diri saya sendiri...semoga rezeki saya dimurahkan..Amin...

Monday, July 9, 2012

Work OVERLOAD!

Muntah! Muntah! Muntah! erkkk!! tolong la...saya dah sangat2 rasa nak muntah pandang sume keje yang belambak2 skali kuar dari bilik bos...

Sape kata jadi Secretary tak busy?? Sape kata keje gomen tak busy?? huh! saya dah overdose rasanya nak memandang semua ni...owh no!! tolong bawak saya pergi jauh2 dari sini!! stress! huhu


p/s: nak menulis pun dah tak ade ruang dah kot.mungkin sy kena request meja besar sket lagi kot..huhu

Sunday, July 8, 2012

Pengapit yang tersepit dan dikepit!


Haha ni la dia pengapit yang tersepit tu....
disebabkan tak sampai hati nak menghampakan harapan kawan yang sangat2 meminta sy menjadi pengapit dia...saya relakan jugak la dan mengagahkan diri untuk menjadi pengapit....

nasib baik la saya ada baju kaler cream...actually baju ni baru siap...alhamdulillah...mmg rezeki kawan saya ni la...
actually mak saya dah marah da sebab nye dia kalo boleh tak bagi saya jadi pengapit lebih dari 3 kali...dia risau benar saya ni tak naik2 pelamin...
hahahaha...jangan risau wahai emak ku sayang...jodoh tu kan di tangan Tuhan...mungkin sekarang bukan masa saya...nanti dah sampai waktu yang dah ditetapkan, kahwin la saya nanti kan??

ini anak buah pengantin....

inilah pengantin dia...comel je orangnya...