Home

Wednesday, November 28, 2012

Pengalaman: Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang (Part 1)

Assalammualaikum w.b.t
Salam 1Malaysia,

Sowi la...da lama sangat saya ni tak ada masa nak update my lovely blog ni...
Kesibukkan dengan jadual kerja yang tak tentu masa...
Sampai org yang tersayang pun asyik majuk je dengan saya...hak3! ngade!

Last 2 week saya kena attend kursus dekat Kuala Tahan...masa dapat surat tawaran tu, perghh! hati rasa cam suka pun ada, tak suka pun ada gak (yang tak suka tu biasa la..bisikan syaitan laknatullah..)

Then bila sampai pada hari yang nak kena pergi kursus tu, macam2 masalah datang...dengan tak ada orang nak hantar saya ke ofis (ye la...bwk barang byk...ayah pulak guna kereta saya sebab ada urusan..pergh! stress!)

Nasib baik la azan subuh awal sekarang ni...so saya bangun seawal jam 5 pagi, bersiap2 dan lepas je azan subuh terus solat then terus angkat kaki pergi...saya kejutkan adik saya jam 5.45 pagi...kesian dia terpisat-pisat bangun then pergi cuci muka...saya suruh dia solat dulu then baru hantar saya...kul 6 pagi saya dah terpacak dekat stesyen komuter...pada waktu tu...saya tengok, ramai jugak org, tapi yang peliknya kebanyakkannya orang indonesia dan orang dari myanmar....orang melayu kita boleh la nak dikira dengan jari....nampak sangat sungguh bersungguh2 mereka ni datang ke sini mencari rezeki yang halal...bagus lah kan?

So, bila da naik tren kul 6 pg, saya igtkan mungkins saya boleh sampai ke Bank Negara sebelum kul 7, tapi sangkaan saya memang meleset....KTM Komuter memang macam siput...kul 7.15 pg baru saya sampai...ape da!! bawak kereta Shah Alam - KL tak sampai setengah jam kot (tu pun kalo tak jem la..)

semua muka semangat je nak pergi kursus...hehehehe

Perjalanan agak panjang and memenatkan...ye la sebab naik bas...so agak penat la kan..kalo ikutkan naik kereta drive sendiri memang takkan sampai 4 jam...betul tak?

inilah tempat penginapan kami...Woodland Resort...nama dah macam dekat Singapore nye tempat je kan? tapi sayangnya saya lupa nak snap pic tempat kediaman kami...cantik...dia macam chalet rumah kayu...boleh tempatkan 3 org dlm 1 bilik...

So sesampai je dekat sana, aktiviti yang dinanti-nantikan adalah Canopy walk and menaiki bot ke perkampungan orang asli...

muka masing-masing excited nak naik bot

haaa...gembira sangatkan muka masing2...ni sebelum dibasahkan dengan air sungai...

canopy walk...bagus akak2 ni semangat naik tangga yang banyak ni...

masa ni tengah tunggu turn utk naik jambatan gantung canopy walk tu...

tinggi kot time ni...tapi sempat posing...ekekeke
Masa tengah jalan dekat canopy walk ni, boleh pulak hujan lebat...hujan pulak tu memang tak de kasi signal ape-ape...tiba2 terus turun je...saya gagahkan diri jugaklah jalan...hujan dekat hutan bersih la sikit dari dekat bandar kan?

Then selesai canopy walk...kami dibawa menaiki bot pergi perkampungan orang asli...dalam perjalanan tu saje dah basah kuyup! terima kasih la kepada abg yang bawak bot and org2 yg bawak bot sekeliling tu...memang saje je nak bagi basah kuyup kan? haish! saya rasa memang langsung tak ada ruang dekat badan saya yang langsung tak basah time tu tau! da la hujan, kena simbah dengan air sungai tahan lagi...haish! sabar je la...

ini sebahagian dari group saya...

yang hensem (hensem ke??) pakai baju kuning  ni la Tok Batin kampung orang asli ni...

Kalau nak tau, rumah2 orang asli ni dibina oleh kaum wanita dorang...wow! Girl Power!!

sian akak2 ni...mengah2 nak naik ke kawasan perkampungan lain...

ini antara rumah-rumah kaum asli dekat kampung tu...
Okeh! ini fakta pasal masyarakat orang asli dekat sini, saya difahamkan mereka mempunyai amalan dan juga kepercayaan yang lain dari kita...antaranya adalah berkaitan kematian, mereka ni kalau ada kematian, dorang akan ikat mayat tersebut dekat atas pokok then dibiarkan sementara dalam masa seminggu or dua minggu, then akan ahli keluarga si mati tersebut akan datang semula ke tempat mayat tersebut, kalau dia tengok mayat tu dah tak ada, jadinya mereka beranggapan mayat tersebut telah diangkat oleh Tuhan ke langit...itu menurut kepercayaan mereka la...

Then menurut kepercayaan kaum asli ni jugak, dari segi perkahwinan...jika ada lelaki dari kampung A berkenan dekat gadis dari kampung B, Tok Batin kampung tersebut akan berunding dgn Tok Batin kampung si perempuan dan berbincang mengenai pasangan tersebut dan si lelaki A dan perempuan B akan dibiarkan 'tidur bersama' dahulu...keesokkan harinya, Tok Batin kampung lelaki A akan bertanya kepada si perempuan B, adakah keputusan nya 'memuaskan' dan beliau bersetuju atau tidak untuk berkahwin dengan lelaki A tersebut? kalau perempuan B kata dia 'puas hati' dan setuju maka berkahwin la mereka...kalau tak 'berpuas hati' dan tak bersetuju maka tak boleh la kawin....hahahahaha gelak besar saya bila tau benda ni...adoiyai! untuk makluman, kaum asli kampung yg saya pergi ni masih belum ada pendedahan agama lagi, jadinya mereka masih lagi memegang teguh agama dan amalan nenek moyang mereka...


Teringat saya masa berada di Vietnam dulu, saya juga difahamkan, wanita Vietnam mensyaratkan 3 perkara kepada lelaki Vietnam bagi membolehkan mereka berkahwin...syarat dia mesti ada 3H... Hensem, House & Honda! hahahahahaha maknanya wanita Vietnam mengutamakan rupa di dalam pemilihan pasangan mereka, memandangkan dekat Negara Vietnam, mereka masih lagi digolongkan sebagai negera kelas ketiga, jadinya mereka mahukan jaminan hidup...nak dapatkan sebuah rumah memang payah lebih2 lagi di kota Saigon..jadinya lelaki yang mampu untuk mempunyai rumah untuk tempat tinggal adalah pilihan terbaik..dan H ketiga di dalam pemilihan mereka adalah HONDA...kenapa Honda? sebab kalau nak tau dekat Vietnam pengangkutan utama mereka adalah motosikal...
ni suasana dekat Vietnam 2 tahun lepas (tahun 2010) masa saya pergi ke sana...
 So kalo kita dekat Malaysia ni lebih suka orang yang ada pengangkutan sendiri atau senang cerita, nak pegi dating kena ada kereta, dekat Vietnam da ada motor jenama Honda pun dah cukup bagi dorang...and yang lagi best, kadang kemalangan jalan raya dorang kurang berbanding dekat Malaysia...sebab dorang dekat Vietnam sangat berhati-hati and tak ada mat rempit langsung!! bawak paling  laju pun 60 KM/J...kita kt Malaysia ni, motor boleh duduk dekat lane kanan sekali, meter motor tu paling kurang pun 130-140 KM/J...bayangkan betapa lajunya, siap potong kereta yang tengah laju lagi...adoiyai!!

Eh2! tiba2 tercerita pasal Vietnam pulak! padahal tengah cerita pasal orang asli tadi kan? hahahahahah tersasar pulak dah! adoiyai! okeh kita sambung pasal orang asli tadi (yang pasal Vietnam, lain kali saya story morry ye...) okeh, kalau nak tau, orang asli dekat Kuala Tahan tu, kaum wanita dia wajib untuk tau macam mana nak buat rumah...sebab tugas untuk buat rumah ni memang khas untuk kaum wanita dia...sebab kaum lelaki telah dipertanggungjawabkan untuk mencari rezeki dan menjaga keselamatan mereka...wow!! hebat kan kaum wanita asli ni...pandai buat rumah...cuba suruh saya buat rumah?? memang tak la nak pandai! nak suruh anyam ketupat pun silap2 jadi tikar anyaman nanti! wakakakakaka....

kita sambung next entry untuk sambungan pasal kursus Eksmind ni..boleh tak?? kalo tak boleh, saya boleh kan jugak!! muahahahaha

No comments:

Post a Comment