Home

Wednesday, November 30, 2011

My Trip Check List

Hai!
Memandangkan saya kena jaga tempat Pengarah untuk 2 hari ni, jadinya kerja tak ada la nak sibuk sangat...sebab Pengarah kan sentiasa sibuk, lagipun saya take over tempat orang...so saya juz buat mana-mana yang perlu je la..the rest saya tinggalkan dekat orang empunya tempat ni je la kan..hihihi
Jadi boleh la saya menghupdate belog saya di sini memandangkan terdapat kesenggangan masa pada waktu sekarang ni kan...but still tak boleh nak update cerita pasal Singapore trip lagi sebabnya gambar tak abis edit + tak dapat lagi soft copy gambar dari camera man lagi sowang tu...so harap bersabar la ye semua..

Nak kata saya ni selalu sangat pergi bercuti, melancong or what so ever tu tak ada la kan...but still ada la pengalaman tu semua...boleh dikatakan this year, almost every month saya akan ada urusan sama ada di dalam mahupun luar negara...setiap bulan ada saja agendanya...but still, saya masih memperuntukan (dari segi kewangan) at least setahun sekali pergi bercuti ke luar negara...ye la, bukan apa, time tengah tak ada tangungang sangat ni la, ape orang selalu ckp tu, time-time bujang ni la kita nk try to achieve ape yang kita nk dapatkan..tul tak? nanti kalo dah kawin nanti, komitmen dah lain...kalo dapat hubby yang sporting,kira ok la lagi..tapi kalo dapat hubby yang tak berapa nak sporting...macam mana kan?

So, trip check list yang paling penting untuk kita prepare setiap kali keluar pergi bercuti or out-station sama ada di dalam or luar negara:


Check list untuk trip dalam negara

1. Toiletries - shampoo & conditioner, shower gel, toothbrush & toothpaste, facial foam

2. Baju-baju yang mencukupi - bawa pakaian yang perlu and rasa berpatutan dengan aktiviti yang akan dilakukan.  Tapi, spare la at least sehelai dua lebihan pakaian in case kalo ada emergency ke kan..

3.  Ubat-ubatan -  walaupun kita sentiasa rasa diri kita sihat...tapi tak salah kan kalo kita bawa spare ubat e.g. panadol, ubat selsema, pil pochai (utk sakit perut or cirit birit), ubat gastrik, minyak angin etc.

4. Pad or Pantiliner - Ini keutamaan kepada kaum HAWA sahaja ye..ye la, kadang-kadang masa tengah nk travel ni la boleh pulak datang masanya nak period la macam-macam bagai..so untuk keselesaan, bawa lah semua sebagai spare di kala masa kecemasan nanti.

5.  Kasut/selipar - Okeh, yang ni jugak penting...untuk keselesaan kita juga kan? tak kan lah nak bawak sepasang kasut je untuk lenjan sepanjang trip tu..

6.  Pakaian solat - INI SANGAT PENTING OKEY! cari lah yang untuk travel punya...fabrik dia lebih ringan then selalunya telekung ni akan siap dengan beg dia sekali khas untuk travel.

7.  Dokumen peribadi - Ini pun SANGAT SUPER DUPER PENTING! sila lah bawa dokumen peribadi anda..setakat berjalan dalam Malaysia ku yang tercinta ni, IC (kad pengenalan) jangan lah pulak ditinggalkan...adoiyai! bawalah IC tu kemana-mana..macam tu la jugak dengan lesen mahupun kad kerja or kad matriks anda...as long as ada pengenalan diri tu, bawa la...mana tau di saat-saat kecemasan, sekurang-kurangnya kita masih ada pengenalan diri lagi kan...

8. dan yang terakhir, barangan peribadi (make up, perfume etc.) - tak semestinya kita travel, kita tak boleh nak melawa or menghensemkan diri ye...boleh saja, tapi carilah travel kit yang kecil, mudah dan ringan untuk kita bawa...


Check list untuk trip ke luar negara

1.  PASSPORT! - ni adalah THE MOST IMPORTANT THINGS yang sangat perlu ada dan tak boleh ditinggalkan...tapi sebelum merancang untuk pergi ke luar negara, check dulu tarikh expired passport anda...adakah ianya masih lebih dari 6 BULAN atau dah KURANG dari 6 bulan.  Kalau rasa macam kurang, CEPAT lah pergi renew, kalo tak anda akan menyesal di kemudian hari.  Lagipun, pejabat imigresen sekarang ni dah bukak time weekend, so jangan nak bagi alasan tak sempat! ok?!
Passport untuk tempoh 2 tahun = RM 100.00
Passport untuk tempoh 5 tahun = RM 300.00
*so, mampu kann?? kerajaan dah bagi kelonggaran untuk bayaran membuat passport/renew passport...tak susah kannn?? hehe

2.  Toiletries - untuk travel ke luar negara ni, tak perlu la bawak banyak sangat 'liquid based' punya barang, i mean macam botol showel gel yang besar sampai 300 ml tu kan..tak perlu la bawak yang macam tu...takot tak lepas kat imigresen je nanti...so bawak yang sederhana or kecik, tapi yang lagi bagus kalo bawak yang travel set punya je...

3.  Pakaian yang mencukupi - haa...dari segi pakaian ni, kita kena tengok jugak...negara mana kita nak pergi...contoh la, kalo kita pergi ke negara yang ada 4 musim..kita kena la bersedia untuk beli baju or pakaian yang bersesuaian dengan cuaca or iklim negara tersebut...kalo setakat pergi ke negara yang sama iklim macam negara kita ni, so tak perlu la nak beli baju sejuk bagai kan??

4.  WET TISSUE - hihihi dekat negara orang ni lain macam sket toilet dia...bukan macam negara kita..lagi la kalo negara tu bukan negara ISLAM...so kebanyakkan nye toilet dorang di reka khas tanpa ada salur paip untuk kita mensucikan diri dari hadas besar dan kecil.  Jadinya, untuk keselesaan diri sendiri, beli la wet tissue awal2 dari negara kita sendiri...wet tissue pun, jangan la beli yang untuk facial punya tau! beli yang baby johnson punya,itu yang terbaik.

5.  Pad or Pantiliners - ini untuk menjamin keselesaan dan juga kebersihan diri seorang WANITA.

6.  Kasut/selipar - ikut yang bersesuaian dengan aktiviti, majlis or tempat yang kita nak pergi di negara orang.

7. Pakaian solat - PENTING SEKALI ni tau! walau kemana sahaja anda pergi, SOLAT TU WAJIB, so jangan lupa ye...

8.  Beg galas/ beg sandang/ sling bag - untuk memudahkan diri sendiri untuk membawa barang-barang keperluan semasa lawatan or pergi travel dekat mana-mana nanti.

9.  Duit - ofcz la kena tukar dulu duit mengikut mata wang negara yang kita nak tuju tu.

10. Hotel and other accomodation - kena survey and dig out la segala information pasal tempat yang akan kita lawati. MAKE SURE dah ada confirmation dari hotel dan juga travel agent yang telah ditugaskan untuk menguruskan lawatan kita ke luar negara.  Kalau pergi bercuti FREE & EASY without travel agent, make sure hotel dan juga transportation yang akan digunakan semasa bercuti di sana telah diuruskan dengan baik dan mendapat confirmation dari pihak pengurusan hotel atau transportation agent supaya tiada masalah yang besar akan berlaku semasa di sana.

11.  SILA ACTIVATE ROAMING anda semasa berada di luar negara...memang charge fee dia mahal, tapi mana lah tahu kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku dan kita sangat urgent untuk buat call or orang nak hubungi kita, at least they or we can reach out each other bila tiba masa-masa or saat-saat genting cenggini.

12. Tiket Flight/VISA/Pas lawatan (if needed) - yang ni penting ye...walaupun sekarang ni dah banyak guna electronic punya ticketing (e-ticketing), but still, simpan lah salinan untuk tiket flight tu,mana lah tau diperlukan ke nanti.

So, ini adalah antara check list yang saya boleh share kan dengan kawan-kawan semua...kalau ada yang terkurang dalam check list ni, maafkan la ye...maklumlah, saya pun sendiri tak perfect kan...so far, ini saja la yang saya bawak setiap kali traveling + saya kan PA, so selalu buat arranggement untuk bos saya pergi travel...mungkin saya ni jenis seorang yang simple and suka bawak apa-apa yang patut je, sebab tu la check list saya sikit je kot...

Tapi memang kalo anda pergi bercuti ke luar negara, bagi yang baru first time ke luar negara, jangan terperanjat and stress kalau anda pergi ke toilet, tapi tak ada paip air di situ..yang ada cuma tisu kering je...ekekekekekekkeke...ye la kita dah terbiasa duduk di Malaysia, toilet kita walaupun tak de la nak bersih sangat macam dekat luar negara tu, but at least kita masih ada paip air untuk kita mensucikan diri kan....tapi tak pe, anggap la itu sebagai pengalaman...ingat tau! bawak WET TISSUE siap2 dalam beg setiap kali nak ke toilet...tak pun, prepare botol air mineral kosong dalam beg..mana lah tau di saat-saat memerlukan tu, ada juga gunakan botol air mineral tu kan...hehehe

Okeh, that's all pengkongsian saya untuk hari ni...minta maaf kalau ada yang terkurang or terlebih dalam check list ni...bagi yang first time baru nk travel ni..sila lah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kebarangkalian apabila berada di negara orang.  Fahami budaya dan cuba untuk adapt dengan bahasa yang digunakan di dalam negara tersebut, jaga tingkah laku dan percakapan sepanjang berada di negara orang.

"Hujan Emas di Negeri orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri...Tapi walaupun Hujan Asid sekalipun dekat Negeri Sendiri...Malaysia always be the best!"

2 comments:

  1. Hehe tips berguna utk holiday hujung tahun nie :)

    ReplyDelete
  2. wow!! bestnye nk g holiday...take care tau! skrg ni musim hujan...

    ReplyDelete