Home

Sunday, December 4, 2011

Trip KESUMA ke Johor dan Singapura - Day 1

Hai!
Pada 25-28 Nov 2011 yang lalu, saya and geng2 KESUMA (Kesatuan Setiausaha MARA) ada lawatan ke Johor dan Singapura.  Lawatan ni adalah kesinambungan daripada  sambutan hari Setiausaha untuk tahun 2011.  Saya rasa, sambutan untuk tahun ni paling best kot...sebabnya, walaupun kami tidak disajikan dengan konsert2 or hi-tea bersama artis-artis hebat, tapinya banyak sangat lawatan2 kesinambungan daripada sambutan hari Setiausaha tersebut....mana taknya, bulan Julai haritu, pergi lawatan ke Langkawi...then baru-baru ni lawatan ke Singapura pulak! Wow! terubat la jugak hati ni bila dapat pegi melawat sana sini kan..yela,jadi setiausaha ni STRESS tau! STRESS ada tiga (3) sebab...sama ada STRESS dengan KERJA, STRESS dengan BOS ataupun STRESS dengan BOS & KERJA....hahahaha

So, dekat sini, saya nak share sikit la pic2 hasil daripada lawatan saya ke Singapore dan Johor ni...

Ini adalah posing yang wajib saya ambil setiap kali dalam bas bersama dengan kak nisa...nape saya kata wajib, sebabnya cuba tengok entry saya pasal lawatan ke Langkawi, pun ada jugak posed macam ni...haha

Kami bertolak dari ofis (MARA HQ) around 3.30 petang...sebabnya 25 Nov tu kan hari Jumaat...so, sebab tu la bertolak petang, after solat jumaat...yela, dalam trip ni..tak semua perempuan yang join...abg driver 2 orang then ada sorg PA lelaki yang join jugak trip ni...

Jadinya kami bertolak ke Johor Bahru (JB) dari ofis kul 3.30 petang and sampai dalam kul 8.30 petang.  memang sepatutnya boleh sampai lagi awal....tapi kan kami ni naik bas...so speed limit tu kena la ikut peraturan jalan raya kan? ekekeke lagipun jalan jem jugak la dekat area Seremban tu...maklumlah ari jumaat...ramai orang balik kampung.lagipun ari isnin (28 Nov) tu kan cuti umum (Awal Muharram) so orang ramai amik kesempatan untuk pergi bercuti + balik kampung la...

Sesampai je dekat JB, kami di sambut oleh pihak MARA JB dengan wakil pegawai dari Pejabat MARA Daerah Johor (antara yang ada mungkin dari PMD dari Pontian and ada a few lagi..saya lupa dah! ekeke)  untuk makluman, ni first time tau saya jejak kaki kat Johor ni...weeee!!! finally sampai gak kita kat johor!!

So, kami di jamu pada malam tu dekat Restoren Sea Food Remaja...terima kasih diucapkan kepada PMN Johor sebab sudi menyediakan semuanya untuk kami para setiausaha dari MARA ni yang menyertai lawatan ke Singapura ni kan...hehehe

4 dara pingitan...ekekeke dekat restoren sea food remaja...
Our journey bermula pada 26 Nov (Sabtu) so pada hari ni la kami semua start masuk ke Singapura....disebabkan di dalam aturcara lawatan, tempat pertama yang akan dituju pada hari ni, adalah ke Universal Studio of Singapore...jadinya sebelum saya pergi, saya dah usha2 dulu blog orang lain...kebetulan, salah seorang daripada blogger yang saya follow, Fatin Liyana, dia pun baru balik dari Singapore then pergi USS jugak...so saya amik la tips2 yang dia bagi....about hujan and wut so ever dekat sana...Thanks Fatin for your info...

Cik Mas and Cik Niesa...
saya dan Cik Ika...
 Dua pic di atas ni, masa time kiteorang breakfast...so sebabkan nak teruskan journey yang agak hebat pada hari tu...so kami pun makan dengan sangat dahsyat! wakakakaka sebabnya dalam jadual, time lunch dijadualkan kul 4 petang! so, nak atau tidak...kena paksa diri untuk makan lebih sket...kalo tak nanti lapar kat dalam USS tu kan...hahaha

Haa...dengan berbekalkan SGD 100...saya dengan confident nye bawak masuk ke Singapore...wakakakkaka bawak duit 100 je g jalan2...ntah pape ntah Cik N ni kan?? adoiyai! tapi...nak buat pe bawak duit banyak2? dalam pakej lawatan ni..all include...tiket lawatan, kenderaan, tempat tinggal even makan pun disediakan...so juz bawak pocket money je..so, saya malas nk shopping banyak2....lagipun, nak shopping ape sangat la dekat sana kan? sebabnya, perasan tak, orang Singapore pun datang negara kita time YES(Year End Sale) or other type of sale untuk shopping giler2 dekat sini kan? so untuk orang yg perpendapatan kurang macam saya ni..tak payah la nak shopping2 sangat kan? beli apa yang kita tak pernah jumpa dekat negara kita je...tu yang penting...

Hari sabtu pun kereta banyak nak masuk ke Singapore
keadaan dekat jambatan penghubung antara Singapore dan Johor..
So, for next entry...saya cerita pengalaman dekat USS pulak k...

Wednesday, November 30, 2011

My Trip Check List

Hai!
Memandangkan saya kena jaga tempat Pengarah untuk 2 hari ni, jadinya kerja tak ada la nak sibuk sangat...sebab Pengarah kan sentiasa sibuk, lagipun saya take over tempat orang...so saya juz buat mana-mana yang perlu je la..the rest saya tinggalkan dekat orang empunya tempat ni je la kan..hihihi
Jadi boleh la saya menghupdate belog saya di sini memandangkan terdapat kesenggangan masa pada waktu sekarang ni kan...but still tak boleh nak update cerita pasal Singapore trip lagi sebabnya gambar tak abis edit + tak dapat lagi soft copy gambar dari camera man lagi sowang tu...so harap bersabar la ye semua..

Nak kata saya ni selalu sangat pergi bercuti, melancong or what so ever tu tak ada la kan...but still ada la pengalaman tu semua...boleh dikatakan this year, almost every month saya akan ada urusan sama ada di dalam mahupun luar negara...setiap bulan ada saja agendanya...but still, saya masih memperuntukan (dari segi kewangan) at least setahun sekali pergi bercuti ke luar negara...ye la, bukan apa, time tengah tak ada tangungang sangat ni la, ape orang selalu ckp tu, time-time bujang ni la kita nk try to achieve ape yang kita nk dapatkan..tul tak? nanti kalo dah kawin nanti, komitmen dah lain...kalo dapat hubby yang sporting,kira ok la lagi..tapi kalo dapat hubby yang tak berapa nak sporting...macam mana kan?

So, trip check list yang paling penting untuk kita prepare setiap kali keluar pergi bercuti or out-station sama ada di dalam or luar negara:


Check list untuk trip dalam negara

1. Toiletries - shampoo & conditioner, shower gel, toothbrush & toothpaste, facial foam

2. Baju-baju yang mencukupi - bawa pakaian yang perlu and rasa berpatutan dengan aktiviti yang akan dilakukan.  Tapi, spare la at least sehelai dua lebihan pakaian in case kalo ada emergency ke kan..

3.  Ubat-ubatan -  walaupun kita sentiasa rasa diri kita sihat...tapi tak salah kan kalo kita bawa spare ubat e.g. panadol, ubat selsema, pil pochai (utk sakit perut or cirit birit), ubat gastrik, minyak angin etc.

4. Pad or Pantiliner - Ini keutamaan kepada kaum HAWA sahaja ye..ye la, kadang-kadang masa tengah nk travel ni la boleh pulak datang masanya nak period la macam-macam bagai..so untuk keselesaan, bawa lah semua sebagai spare di kala masa kecemasan nanti.

5.  Kasut/selipar - Okeh, yang ni jugak penting...untuk keselesaan kita juga kan? tak kan lah nak bawak sepasang kasut je untuk lenjan sepanjang trip tu..

6.  Pakaian solat - INI SANGAT PENTING OKEY! cari lah yang untuk travel punya...fabrik dia lebih ringan then selalunya telekung ni akan siap dengan beg dia sekali khas untuk travel.

7.  Dokumen peribadi - Ini pun SANGAT SUPER DUPER PENTING! sila lah bawa dokumen peribadi anda..setakat berjalan dalam Malaysia ku yang tercinta ni, IC (kad pengenalan) jangan lah pulak ditinggalkan...adoiyai! bawalah IC tu kemana-mana..macam tu la jugak dengan lesen mahupun kad kerja or kad matriks anda...as long as ada pengenalan diri tu, bawa la...mana tau di saat-saat kecemasan, sekurang-kurangnya kita masih ada pengenalan diri lagi kan...

8. dan yang terakhir, barangan peribadi (make up, perfume etc.) - tak semestinya kita travel, kita tak boleh nak melawa or menghensemkan diri ye...boleh saja, tapi carilah travel kit yang kecil, mudah dan ringan untuk kita bawa...


Check list untuk trip ke luar negara

1.  PASSPORT! - ni adalah THE MOST IMPORTANT THINGS yang sangat perlu ada dan tak boleh ditinggalkan...tapi sebelum merancang untuk pergi ke luar negara, check dulu tarikh expired passport anda...adakah ianya masih lebih dari 6 BULAN atau dah KURANG dari 6 bulan.  Kalau rasa macam kurang, CEPAT lah pergi renew, kalo tak anda akan menyesal di kemudian hari.  Lagipun, pejabat imigresen sekarang ni dah bukak time weekend, so jangan nak bagi alasan tak sempat! ok?!
Passport untuk tempoh 2 tahun = RM 100.00
Passport untuk tempoh 5 tahun = RM 300.00
*so, mampu kann?? kerajaan dah bagi kelonggaran untuk bayaran membuat passport/renew passport...tak susah kannn?? hehe

2.  Toiletries - untuk travel ke luar negara ni, tak perlu la bawak banyak sangat 'liquid based' punya barang, i mean macam botol showel gel yang besar sampai 300 ml tu kan..tak perlu la bawak yang macam tu...takot tak lepas kat imigresen je nanti...so bawak yang sederhana or kecik, tapi yang lagi bagus kalo bawak yang travel set punya je...

3.  Pakaian yang mencukupi - haa...dari segi pakaian ni, kita kena tengok jugak...negara mana kita nak pergi...contoh la, kalo kita pergi ke negara yang ada 4 musim..kita kena la bersedia untuk beli baju or pakaian yang bersesuaian dengan cuaca or iklim negara tersebut...kalo setakat pergi ke negara yang sama iklim macam negara kita ni, so tak perlu la nak beli baju sejuk bagai kan??

4.  WET TISSUE - hihihi dekat negara orang ni lain macam sket toilet dia...bukan macam negara kita..lagi la kalo negara tu bukan negara ISLAM...so kebanyakkan nye toilet dorang di reka khas tanpa ada salur paip untuk kita mensucikan diri dari hadas besar dan kecil.  Jadinya, untuk keselesaan diri sendiri, beli la wet tissue awal2 dari negara kita sendiri...wet tissue pun, jangan la beli yang untuk facial punya tau! beli yang baby johnson punya,itu yang terbaik.

5.  Pad or Pantiliners - ini untuk menjamin keselesaan dan juga kebersihan diri seorang WANITA.

6.  Kasut/selipar - ikut yang bersesuaian dengan aktiviti, majlis or tempat yang kita nak pergi di negara orang.

7. Pakaian solat - PENTING SEKALI ni tau! walau kemana sahaja anda pergi, SOLAT TU WAJIB, so jangan lupa ye...

8.  Beg galas/ beg sandang/ sling bag - untuk memudahkan diri sendiri untuk membawa barang-barang keperluan semasa lawatan or pergi travel dekat mana-mana nanti.

9.  Duit - ofcz la kena tukar dulu duit mengikut mata wang negara yang kita nak tuju tu.

10. Hotel and other accomodation - kena survey and dig out la segala information pasal tempat yang akan kita lawati. MAKE SURE dah ada confirmation dari hotel dan juga travel agent yang telah ditugaskan untuk menguruskan lawatan kita ke luar negara.  Kalau pergi bercuti FREE & EASY without travel agent, make sure hotel dan juga transportation yang akan digunakan semasa bercuti di sana telah diuruskan dengan baik dan mendapat confirmation dari pihak pengurusan hotel atau transportation agent supaya tiada masalah yang besar akan berlaku semasa di sana.

11.  SILA ACTIVATE ROAMING anda semasa berada di luar negara...memang charge fee dia mahal, tapi mana lah tahu kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku dan kita sangat urgent untuk buat call or orang nak hubungi kita, at least they or we can reach out each other bila tiba masa-masa or saat-saat genting cenggini.

12. Tiket Flight/VISA/Pas lawatan (if needed) - yang ni penting ye...walaupun sekarang ni dah banyak guna electronic punya ticketing (e-ticketing), but still, simpan lah salinan untuk tiket flight tu,mana lah tau diperlukan ke nanti.

So, ini adalah antara check list yang saya boleh share kan dengan kawan-kawan semua...kalau ada yang terkurang dalam check list ni, maafkan la ye...maklumlah, saya pun sendiri tak perfect kan...so far, ini saja la yang saya bawak setiap kali traveling + saya kan PA, so selalu buat arranggement untuk bos saya pergi travel...mungkin saya ni jenis seorang yang simple and suka bawak apa-apa yang patut je, sebab tu la check list saya sikit je kot...

Tapi memang kalo anda pergi bercuti ke luar negara, bagi yang baru first time ke luar negara, jangan terperanjat and stress kalau anda pergi ke toilet, tapi tak ada paip air di situ..yang ada cuma tisu kering je...ekekekekekekkeke...ye la kita dah terbiasa duduk di Malaysia, toilet kita walaupun tak de la nak bersih sangat macam dekat luar negara tu, but at least kita masih ada paip air untuk kita mensucikan diri kan....tapi tak pe, anggap la itu sebagai pengalaman...ingat tau! bawak WET TISSUE siap2 dalam beg setiap kali nak ke toilet...tak pun, prepare botol air mineral kosong dalam beg..mana lah tau di saat-saat memerlukan tu, ada juga gunakan botol air mineral tu kan...hehehe

Okeh, that's all pengkongsian saya untuk hari ni...minta maaf kalau ada yang terkurang or terlebih dalam check list ni...bagi yang first time baru nk travel ni..sila lah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kebarangkalian apabila berada di negara orang.  Fahami budaya dan cuba untuk adapt dengan bahasa yang digunakan di dalam negara tersebut, jaga tingkah laku dan percakapan sepanjang berada di negara orang.

"Hujan Emas di Negeri orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri...Tapi walaupun Hujan Asid sekalipun dekat Negeri Sendiri...Malaysia always be the best!"

Friday, October 28, 2011

Si penghibur duka dan lara

'Si Kechil' a.k.a Chik
 Salam semua...today saya nk bercerita mengenai kucing-kucing saya...

Okey, we start with...Chik (gmbar sebelah ni)  dia ni Siamese breed + persian...tapi jenis yang frame kecik & pendek...alololo cian kucing akak (wah!! sy ni kakak kucing...harap maklum! hahaha)

Chik ni adalah merupakan ibu kepada tiga ekor kucing-kucing di bawah ini....umur Chik around 3 years old....kaler dia memang buruk sket...hahahahaha cian dia..nasib baik muka dia comel...kaler dia memang pelik sket..ada putih + coklat + kelabu+ hitam...selalu kucing 3 kaler je kan? ni si Chik ni ada 4 plak...hahaha ape-ape la chik oi!
'Mariam' a.k.a Yam

Yang ni pulak adalah Yam, kucing kesayangan mak saya...dia ni anak kepada Chik, consider as 1st batch anak dia la...si Chik ni memang pandai, nak carik boyfren yang hensem je....pandai carik boyfren yg persian breed!! huh! sorry kampung boy! my Chik not interested! on this time, dia masih rasa diri dia HOT! sebab tu dia tak heran pun dekat kampung boy ni...hahahahaha kucing pun pandai nak demand kan??

Yam ni mixed breed la...tapi jenis frame yang besar + dia ni demuk!! berat dia sekarang da almost 8 kgs!!!!! da la malas! keje asyik makan, tido je...tapi ni la kesayangan mak saya...manja yang teramat! stress je tgk dia manja-manja dengan mak kita tau! huh!!

My sweet 'Suri'
 Haaa...kucing putih ni nama dia Suri, dia ni kelahiran yang 2nd batch untuk anak si Chik tu...Chik memang jenis tak mengandung sekali banyak anak...plg byk anak dia 3 ekor..tu pun masa time batch si Yam...tapi semua adik beradik Yam mati...yang panjang umur juz Yam je...So Suri ni ada abang...nama abang dia Sudin...hahahaha nak tau sebab pe nama dia Sudin? ayah bagi nama sudin sebab si sudin ni dulu, masa dia hidup lg la...dia jenis kalo nak start movement dia, dia mesti macam nk melompat..ermmm..macam jumping la...walaupun jz hanya nk berjalan...lebih kurang macam korg tgk cerita 'Seniman Bujang Lapok' time Sudin kena casting tu...yang konon2 dia nk cabar Hang Jebat...kan dia mcm melompat sket time nk cakap "Hey..hey..hey Hang Jebat!! Lebih baik kau turun....blablabla..." lebih kurang cmtu la dialog dia...hahaha sebab tu la kucing sy (si abang suri tu) dinamakan Sudin...

Bercerita pasa Suri, dia ni..masa kecik-kecik..giler punya huduh rupa dia...serius!!! dengan banyak kudis-kudis, ada kurap, tak terurus la senang cerita...sebab dia x suka kena pegang dengan orang...so my mum & dad pergi bawak dia jumpa doc and dapatkan suntikan immunisasi dekat klinik (jangan ingat orang je kena dpt kan immunisasi tau! kucing pun perlu kan semua tu!) then after 6 month umur dia...parents saya bawak dia dengan Yam pergi buat operation untuk 'dikasikan' (mandulkan)...

after 5 days tak jumpa si Yam dgn Suri (sebab kena warded), then bila bawak balik...tiba-tiba segala kehuduhan si Suri ni beransur-ansur faded! serius! tiba-tiba je dia berubah menjadi cantik, bulu dia gebu macam kapas and dia jadi gemuk! wahhhh!!! baru terserlah keayuan dia...wahahahaha...

Owh ye...Suri ni adalah 100% Siamese breed...mungkin time ni si Chik pergi carik boyfren yang sama jenis dengan dia kot! wakakakaka 

'Shontot' a.k.a Ashon or Shon
This 1, is my only 1 boy...my Ashon...haa...ni adalah batch terakhir anak Chik, cukup la 3 kali dia beranak...Shon pun lahir, ada kakak...dia lahir 2 ekor je...kakak dia missing in action...tak tau la mana pergi...tiba-tiba je hilang...huhuhuhu nasib baik Ashon sy ni tak beragan sebabnya kawan main dia hilang tiba-tiba kan? Ashon sekor je yang tak dikasikan, sebab dia jantan....

Ashon ni jenis 'kampung breed'...mungkin this time Chik da tak de pilihan lain kot...so kampung boy pun, kampung boy la...no time to demand...wakakakkakakakaka!! dia Ashon ni memang baik kucingnye...sangat baik and mendengar kata...boleh la sape-sape nak buat calon menantu...dah la baik, sopan santun, mendengar kata, hormat azan, hensem dan berbudi pekerti...wahhh!! cam promote anak jantan sendiri je kan?? wakakakaka..

So, inilah si penghibur lara di kala suka dan duka...boring ataupun suka...inilah peneman kami sekeluarga...

* next entry, saya akan share mengenai cost untuk mengkasikan or mandulkan kucing and apa kesan dia untuk makluman semua....so...wait for my next entry ye....da....

Monday, October 24, 2011

Berkursus di ILKM, Jawi_Day 2

 Selain daripada berkursus, macam biasalah kan...saya dan rakan-rakan yang di kasihi ni memang sangat suka bergambar walau di mana saja berada pada setiap masa kelapangan yang diperolehi...wah! ayat meletop!! wakakakakaka

Walaupun hanya break untuk tea time 15min, kami sempat bergambar, bergambar dan bergambar...penat tangkap gambar dekat kamera, kamera hp pun jadi la kan...ekekeke
 Saya sendiri tak berapa nak pasti ape sebenarnya yang pihak ILKM nk buat dekat ruang ni...dah macam ruang untuk buat official record je...

Ye la..selalu kan kalo tv3 buat siaran langsung bola or dekat parlimen, dorang mesti ada cam props kecik ala-ala mini studio nye kan...so ini la yang telah berlaku dan terjadi dekat tempat ni...

So, saya dan rakan-rakan yang terchenta ni...tanpa memberikan sediki ruang dan peluang...kami terus bergambar tanpa henti dekat ruang ni..hahaha



ni di antara budak nakal dalam kelas...tapi kami sebenarnya baik je...nakal sikit-sikit tu biasa lah kan?? hikhikhik



inilah yang tinggal geng PA saya yang super duper best....it suppose 7 orang...tapi orang yang ke-7 tu mendapat rezeki yang lebih baik...beliau di tempatkan di tempat yang lagi better dgn post yang lagi best....wish u all the best la cik kiah oi! miss u damn much cik mas zunddin! huhuhu

Berkursus di ILKM, Jawi_Day 1




Salam,
saya dan kawan-kawan yang terbaek dari ladang ni telah pun mengikuti kursus di ILKM Jawi, Penang.   Memang sepanjang perjalanan kursus, agak enjoy and a bit boring..ye la..nama pun kursus kan?  kalo kata sangat-sangat best tu macam saya ni sangat menipu diri sendiri la kan?? ekekekekeke

Nasib baik la kursus kali ni tak ada sebarang exam-exam....fuhhhhhh!! lega mokcik! hahahahaha ye la...saya ni, sejak-sejak dah abih belajar ni...penyakit 'M' ni memang sangat menebal di dalam benak sanubari...wah!! ayat! hahahaha

So, ini adalah merupakan kursus pengambilan minit mesyuarat, jadi, penceramahnya adalah dari Dewan Bahasa Dan Pustaka...pengisian memang best....kalo rasa diri tu sangat hebat dalam bahasa melayu, even dalam SPM konon-konon dapat A la kan? tapi belum tentu lagi Bahasa Melayu ko hebat nox! hahahaha try test belajar balik dengan orang-orang DBP ni...tengok langit tinggi ke rendah...huhuhuhu

pemandangan dalam kelas

pemangandangan dalam kelas

Saya yang pura-pura sibuk!!





Okey...inilah penyebab kenapa saya dah lama tak update belog kesayangan saya ni...harap maklum, sekian terima kasih! ngeh..ngeh...ngeh!!

Monday, September 19, 2011

Sambutan Hari Raya di office saya...!!!


Seperti biasa, setiap tahun, mesti ada Raya Celebration untuk semua bahagian dan kakitangan kan? so, this time adalah giliran bahagian saya untuk buat sambutan hari raya ni...wink2! saya memang sonok! sebabnya boleh makan banyak-banyak!!

Ok, di bawah, saya attach kan a few pic untuk share dengan kawan...
With my bos, her daughter and ofcz..me..

ini adalah kak ilah saya

kawan-kawan opis saya ni...

saya bersama-sama kawan-kawan ofis..

bersama kakak PA yang sungguh berdedikasi..mentor ni! ekekeke

ni abang-abang saya...

ni kakak-kakak saya...

peace!

ahli-ahli dalam bahagian ini..

kakak ofis kesayangan ni..

dengan adik praktikal..

geng-geng ofis yg sporting...

akak-akak pegawai yg chomel...
so, sekian dari saya...maceh!!! hehehehehe