Home

Sunday, November 3, 2013

KAMI DATANG UNTUK MENYUNTING BUNGA DI TAMAN...

Assalammualaikum w.b.t,

Bermula sebagai kenalan di tempat kerja..
Berhubung sebagai Pegawai dan Setiausaha..
Walaupun berbeza pejabat dan tanggungjawab..
Tapi setiap hari, mesti bertemu dan bertembung...

Permulaan yang baik, saya panggil dia ENCIK..
Dia memilih untuk membahasakan diri dia ABANG..
Mungkin sebab perbezaan umur yang banyak..
Saya hormat dia sebagai rakan sekerja, kawan seunit dan juga sebagai abang..

Tak sangka, dalam diam rupanya ada hati yang terpaut dan tertawan...
Mula-mulanya saya tak perasan...
Saya sangkakan sekadar kawan-kawan...
Rupa-rupanya ada hati yang menaruh harapan...

Diam-diam dia merisik..
Diam-diam dia mendekat..
Diam-diam dia mencuba...
Diam-diam akhirnya dapat..

Pada mulanya saya tak tahu dan tak perasan..
Bila masa hati ini dah tertawan...
Tertawan pada senyumnya ke? pada gelak tawanya ke?
Semua tu bukan jawapan...
Jawapan yang sebenarnya, saya mula sedar bila kali pertama saya dengar dia mengaji..
Mengaji bersama-sama dengan rakan sepejabat...
Bacaan Yaasin setiap hari jumaat...
Itulah kali pertama, saya terdetik di dalam hati "Subhanallah, sedapnya dia mengaji..Ya Allah, kalaulah dapat suami macam ni, untungnya aku..hari-hari boleh mengaji sama-sama"
Orang mengaji, saya terdiam dan terpaku..
Terkesima dek terujanya bila mendengar suara merdu yg mengaji di depan mata itu..

Dari situ la terdetiknya perasaan suka...
Tiada kata yang mampu diungkapkan...
Hanya mampu berserah dan tawakal..
Permulaan berhubung hanyalah bercerita pasal kerja..
Tak sangka itulah detik pertama segalanya...
Setiap hari kalau tak berjumpa rasa tak lengkap hidup..
Jumpa setakat cakap, 'Hai dan Bye' pun dah cukup buat hati berbunga-bunga..

Setiap hari semakin kerap bersms, whatsapp..
Bertanya kabar dan berita dan juga berkongsi cerita..
Permulaan yang singkat, tetapi penuh bermakna..
Detik pertama keluar bersama, keserasian lebih terasa..
Kali kedua keluar, terus berjumpa dengan ibu dan bapa...
Berkenal-kenalan mengeratkan hubungan..

Tak dinafikan hubungan ini masih baru...
Masih belum mengenali antara satu sama lain lebih mendalam..
Tapi tak tahu mana datangnya kekuatan, bila dilamar dalam diam...
Diajak untuk terus mengikat tali pertunangan..
Pada masa tu usia perkenalan kami baru 3 bulan..
Dia bercadang untuk masuk meminang...
Selesaikan semua perkara satu-persatu..

Atas persetujuan dan perbincangan bersama..
Tarikh di pilih, persiapan dibuat..dalam masa 1 bulan setengah merancang untuk persiapan...
Setelah dapat tarikh yang bersesuaian, lagi 1 bulan setengah untuk persiapan akhir...
Hantaran di buat, katering ditempah...
Genap tarikh 6 bulan usia perkenalan, datanglah rombongan lelaki ke rumah perempuan...
Perbincangan dan kata sepakat dibuat, persetujuan dan restu dua keluarga dimeterai..
19 buah dulang berbalas 21 buah dulang..
Dua buah cincin menjadi tanda pengikat hubungan..
Menandakan si gadis telah dipinang dan menjadi tunangan orang...

Risik pun sudah, bertunang pun sudah...
Cincin tanda diberi, cincin tunang pun dah diterima...
8 bulan tempoh ikatan..
Tak terlalu lama, tak terlalu sekejap..
Diharapkan hubungan ini berkekalan hingga ke akhirnya..
Terima kasih Ya Allah kerana mendengar bisik hatiku...

p/s: Ececeh!! rasa macam jiwang pulak bila buat ayat macam ni...ekekeke

Rombongan pihak lelaki

Aturan hantaran kedua-dua belah pihak
My Mini Pelamin untuk bertunang

Selesai sesi merisik dan bertunang
Me, Myself...make up by my own and bantuan dari my besties, Kelly Khalid

Sesi sarung cincin....tangan menggeletar kot time ni...haha
This is my Engagement Ring..

Bunga Encik Tunang bagi...tak sangka bertunang pun dapat bunga...wow! haha

Pic ni snap dekat tepi rumah je sebenarnya...hahahaha