Home

Tuesday, January 15, 2013

Please Pray For Her...Norihan binti Abd. Manaf

Assalammualaikum w.b.t
Salam Sejahtera kepada semua...

Lately ni saya sangat stress and risau tentang kesihatan makcik saya, Norihan binti Abd Manaf...

Mak lang ni OKU, kecacatan kekal fizikal yang berpunca daripada demam panas masa kecik-kecik dulu...
Alhamdulillah, walaupun mempunyai kekurangan fizikal, tapi alang tetap kuat and tabah di dalam menempuhi dugaan hidup ini...alang bukan saje mampu berjalan sendiri, bergerak sendiri, menyediakan kelengkapan sendiri malah alang juga mampu mengambil upah menjahit baju...betapa selama ini alang sangat berdikari di dalam menampung perbelanjaan kehidupan beliau...

Bermula dari sakit pening-pening...tak ada selera nak makan...kaki membengkak...alang dimasukkan selama sebulan di hospital selayang sebab demam and muntah2 yang alang alami...kemudian alang keluar hospital selama seminggu dan menetap di rumah pakcu di kepong...after that alang dimasukkan ke hospital HUKM atas masalah lain...waktu tu doktor kata ada jangkitan kuman pada kaki alang...almost sebulan jugak alang dekat HUKM...

Disebabkan tiada sebarang maklumat mengenai penyakit yang alang hadapi, mak saya dan adik beradik yang lain decide untuk bawak alang keluar dari hospital dengan harapan alang semakin pulih...sejurus selepas keluar dari hospital, alang terus ditempatkan di rumah saya memandangkan emak sy tidak bekerja jika dibandingkan dengan adik beradik yang lain....

Hari pertama alang keluar hospital, keadaan alang agak teruk..muka pucat, langsung tak boleh nak bergerak, percakapan tidak jelas...saya hanya berdoa supaya alang kuat untuk menerusi sakitnya ini...disebabkan jadual kerja yang padat, saya hanya mampu tengok alang pada waktu subuh dan malam selepas saya pulang dari kerja...

Weekend baru ni, saya diarahkan untuk ke Port Dickson untuk menghadiri Interview naik pangkat...pengalaman dekat sana memang sangat seronok,tapi saya tak boleh nak fokus sangat sebab saya rasa macam agak stress, tak boleh nak fokus and in the same time otak ni asyik berfikir je condition alang dekat rumah...

Hari ahad saya balik dari PD, saya terus tgk alang...saya terkejut sebab tengok seluruh badan alang membengkak...muka alang da pucat2 kuning....malam tu saya bincang dengan mak saya, untuk bawak alang ke hospital sebab saya rasa alang semakin worse...

Isnin, 14 Jan 2013, saya pagi2 tu da rasa macam tak sedap hati and stress...kebetulan makcik2 sy call untuk bincang hal ni, saya terus suggest untuk panggil ambulan...bila dapat green light je dari mak and makcik2 saya, saya terus call ambulan untuk ambik alang dekat rumah untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya...saya amik half day dan terus ke hospital untuk memantau keadaan alang...

Bila saya dimaklumkan yang alang dimasukkan di dalam RED ZONE area dekat unit kecemasan, saya terus rasa kecut perut...teringat dekat Arwah Abg saya dulu....Arwah dulu pun ditempatkan dekat RED ZONE area hingga ke nafas dia yang terakhir....saya dimaklumkan bahawa kuman di dalam darah telah merebak ke hati, buah pinggang, limpa dan jantung alang...keadaan alang semakin kritikal...

 
Dan sekarang keadaan alang semakin teruk...alang dikategorikan sebagai tenat...
Saya berharap alang kuat untuk menempuhi segala dugaan ini...semoga alang diberikan kekuatan...


Ini keadaan alang semalam selepas dipindahkan ke wad...masih belum stabil sepenuhnya....alang, be strong ye...

1 comment:

  1. semoga alang cepat sembuh,
    rai berdoa awak dan fmly kuat dan tabah nak menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete