Home

Sunday, July 29, 2012

Kerja main-main tepung...

28 Jun 2012...genaplah umur mak saya 51 tahun...yeay! happy birthday mak!! sebabkan saya malas nak keluar pergi beli kek...so saya tanya dekat mak, mak cakap je nak makan kek ape...saya tlg buatkan....hik3! (dalam hati berdebar...kalo mak suruh buat kek yang hebat...mampuih! memang ke bakery jugak la jawabnya...hahaha)
then suddenly mak kata, "kakak ko buat carrot cheese cake la macam raya dulu"...saya pun dengan confident nye..."owh! carrot cheese cake eh? owrite! bereh!" sambil2 tu membelek buku resipi kek and cookies yang beli masa kuar berbuka puasa dengan MHM aritu...hahahahahahaha

Saya memang ada beli mixer...tapi malas bebenor nak kuarkan dari kotak, nak bersihkan mixer tu sebelum guna....so, dengan kuasa dan kekuatan sakti adik lelaki saya tu (ayat nak power je kan?!) saya dengan berbesar hatinya bagi besen yang berisi mentega 250gram dan gula 150gram untuk dipukul sehingga kembang kepada adik lelaki saya yang gagah perkasa itu....hahahaha memang ajaib, tak sampai beberapa minit mentega dan gula saya telah dipukul sehingga kembang...dengan arahan dan kuasa vito yang saya ada, saya suruh adik saya pecah 3 biji telur dan dipukul rata lagi sementara saya sagat lobak merah dengan ganasnya! (wah! ayat dramtik!) sesudah itu, saya pun tapiskan tepung superfine bersama serbuk kayu manis dan baking powder 1 sudu kecil ke dalam besen lain....sesudah itu saya campurkan ke dalam adunan mentega yang telah adik saya pukul sehingga kembang...setelah dicampurkan kesemua bahan, adik saya yang gagah itu, tanpa mengenal erti penat, beliau meneruskan pukulan sehinga semuanya sebati dan saya terus beri dia bekas aluminum untuk di isi kesemua bahan2 tersebut dan terus dicampakkan ke dalam oven dan di bakar dengan suhu 180'c selama 30-40 minit....perghh!! bau dia menusuk2...

Di samping saya menyediakan adunan kek tersebut, mak saya yang rajin tu dengan baik hatinya potong2 kentang, tumbuk2 bawang sket bersama cili api...then kuarkan serbuk kari dan daging cincang...setelah selesai, dengan selambanya beliau mencampak kesemua adunan tersebut  ke dalam kuali....dan tiba2 aroma di dapur bertukar menjadi aroma inti karipap...pergh! memang sangat menusuk kalbu! sambil menunggu kek saya masak, saya dengan rajin nye membantu mak saya uli tepung karipap (masuk bakul angkat sendiri ni punya statement!)...pergh! memang best! bersemangat rasanya hati untuk berbuka puasa....

selesai membantu mak saya untuk karipap session, saya pun terus keluarkan dari fridge cream cheese 250gram bersama yogurt 150gram, gula halus 150gram dan sedikit perahan jus lemon...dan sekali lagi, dengan kuasa sakti saya, saya mengarahkan adik lelaki saya yang gagah perkasa itu untuk memukul kesemua adunan tersebut sehingga sebati (tapi dia buat ala kadar je, sebab tu la cream cheese sy tak smooth! nampak berketul2 sket! choy!) then saya terus masukkan dalam fridge untuk bagi cheese tersebut rest sementara nak tunggu cake masak...

then, memandang cheese tersebut macam agak banyak, jadinya saya terus keluarkan oreo, dan mematah2kan kepingan biskut coklat tersebut sambil mengasingkan gula di tengah biskut tersebut dan menyusun dengan baik di dalam bekas...dan mengambil 1sudu besar gelatin (Halalgel...pastikan yang halal!) dan dibancuh dengan sedikit air panas dan dikacau sehingga rata....
*actually, sebenarnya untuk based oreo cheese cake, oreo tu kena blander sampai jadi serbuk, then ratakan sampai mampat dekat bekas aluminium bersama sedikit butter then bakar dalam masa 5 minit dalam suhu yang sederhana then keluarkan pastu bagi sejuk sikit baru campurkan dengan adunan cheese tadi...

Selepas menyusun oreo tersebut dengan cantiknya, saya pun bahagi dua adunan cheese tersebut separuh untuk topping carrot cheese cake dan lagi separuh adalah untuk oreo cheese cake...yang untuk oreo cheese cake, saya campurkan bancuhan gelatin ke dalam adunan cheese tersebut dan di gaul sebati...ambil beberapa keping oreo, patah2 kan dan masukkan ke dalam adunan cheese itu dan...phhuuufff! jadilah OREO CHEESE CAKE! senang kan??? pastu, tutup dengan aluminium foiled, then simpan dalam peti sejuk....senang giler!! sedap lak tu! ( okey...angkat bakul bangun sendiri...ehh???!!)
ini adalah oreo cheese cake saya...kalo tak suka kaler putih macam ni, boleh di tambah serbuk koko untuk tambahan rasa dan warna koko....senang kan??

okey berbalik kepada carrot cheese cake saya tadi...bila dah masak...saya keluarkan dari oven....biar dia sejuk....kemudian, agak2 dah sejuk, alihkan kek tersebut ke dalam pinggan (pastikan alih betul2 tgh2 pinggan...jgn contohi dalam pic ni ye...saya letak kek senget sket, pastu orang yg letak topping ni (mak saya la tu...) pun main curah je ke ladang gandum ikut suka2 (mentang2 la ni kek dia) terus jadi tak balance...nampak senget sebelah kan? haish!

nak letak topping, pastikan kek dah sejuk tau! jangan time panas2 tu ko letak topping jah! hehehe...okey...saya tau kek saya simple je...nak hias2 pun tak pandai....huhuhu...tapi yang penting, rasa dia sama macam dalam buku resipi and sangat sama macam orang yang selalu jual2 kt opis! yes! berjaya...cuma kena belajar lagi cmne nak buat topping cantik2...huhuhu

so ini pandangan dari atas....

ini pandangan dari sisi...

So, kepada mak saya....selamat hari lahir! luv u mak! semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, di beri kebahagiaan di dunia dan akhirat....selamat berpuasa kepada semua! (sowi ye kengkawan...time2 bulan puasa ni la saya keluarkan entry makanan kan? huhuhu)

No comments:

Post a Comment