Home

Thursday, July 12, 2012

APA DAH JADI???

Salam,

Saya baca paper dari semalam dah rasa macam pelik and pusing-pusing sikit kepala ni melihat dan membaca statement orang yang pelik-pelik belaka...
Mungkin betul, dah akhir zaman....sekarang ni pun dah banyak tanda2 kecil dan besar kiamat dah bermula kelihatan antara kita sedar atau pun tidak je kan?

Antara berita yang paling saya rasa macam...hurmmm...haish! entah la..tak tau macam mana nak cakap la kan..berita ni la...

ini surat khabar bertarikh 12 Julai 2012

yang ni pulak surat khabar bertarikh 13 Julai 2012

Saya tak de la berminat sangat untuk menyokong mana2 parti ataupun hal2 yang berkaitan dengan politik ni...bagi saya, mana2 pihak yang memerintah saya tak kisah...asalkan, semuanya berjalan dengan lancar, Malaysia aman damai, tak ada kemunduran dan penindasan dari segi ekonomi, sosial mahupun pendidikan, keselamatan negara dan juga kehormatan di dalam beragama juga dipelihara.

Cuma apa yang menarik perhatian saya terhadap artikel di muka surat hadapan surat khabar ni adalah...
Kenapa la orang melayu kita yang beragama islam ni, sangat mudah menghukum orang lain berdasarkan kefahaman sendiri?  mengapa perlu menyesatkan dan disesatkan orang lain semata-mata kerana fahaman politik yang berbeza? dan saya sangat tak suka bila sesama kita orang melayu islam ni MENGKHAFIRKAN DAN JUGA MENYATAKAN ORANG LAIN SESAT hanya kerana untuk menegakkan benang yang basah??! kenapa perlu memperjudikan agama dan akhlak kita sebagai umat islam semata-mata untuk menjadi pemenang?

Berita ni agak mendukacitakan saya...memang pasangan suami isteri yang baru bercerai ni tak ada kena mengena dengan saya, cuma saya rasa macam agak sedih la....rumah tangga yang dah dibina bertahun-tahun akhirnya hancur hanya kerana kefahaman berpolitk berbeza...tak malu ke orang yang berbangsa lain dan juga beragama lain memandang sinis dekat kita sebabkan masalah remeh temeh ni diperbesarkan??

Sekali lagi saya nyatakan yang saya tidak menyokong mana-mana pihak...cuma bila berita macam ni keluar, saya rasa macam tak sedap...saya jugak tidak menuding jari kepada mana-mana pihak...actually, cerita hal rumah tangga ni tak patut dijaja dan tak perlu lah sampai ke pengetahuan umum...tak baik mengaibkan sesiapa tak kira lah walau siapa pun dia dan kita...

Fikir-fikirkan lah...

No comments:

Post a Comment