Home

Friday, February 3, 2012

Khutbah Jumaat di Masjid Dang Wangi, KL (Masjid Polis)

Hari ni saya rasa macam sangat tak ada mood nak keluar time tengah hari..
Paham-paham je la...kalau keje gomen ni, waktu lunch time untuk hari jumaat agak panjang...
Lagilah kalau ofis dekat sangat dengan tempat untuk bershopping...
Kaum2 hawa ni takkan melepaskan peluang untuk bershopping termasuklah saya...hihihihi

But today, I don't feel like I want to go out...
Sebab terasa terik semacam je cahaya matahari dekat luar...Subhanallah...
Rancangan untuk ke Tabung Haji dekat Maju Junction tu pun saya lupakan....
Memang sangat2 tak ada mood untuk keluar..

Jadi saya decide untuk duduk saja dekat tempat saya...
Mula2 ingatkan nak tido...tapi tak jadi...tangan laju je saya terus taip 'YOUTUBE' dekat laman sesawang GOOGLE...
Then saya terus search untuk tengok episod 6 drama bersiri 'VANILA COKLAT'...
Memang best giler layan cerita tu sorang2 sambil tergelak2...hehehe

Tepat pukul 2.15 ptg, salah seorang dari pegawai lelaki yang baik dengan saya dan duduk berdekatan dengan workspace saya pun pulang dari selesai menunaikan tanggungjawabnya pada hari jumaat yang mulia ni...
Sambil tangan menyuap laju kuih muih yang dibeli tadi ke mulut, pegawai tu bercerita dekat saya...dia kata:

Pegawai A: "Eh Nad, tadikan masa saya tengah dengar khutbah jumaat kat Masjid tadi, khatib tu yang bagi khutbah tu asyik sebut2 nama ko je tau!" dengan raut wajah yang serius..
Saya : "Erk? nape lak dia sebut nama saya??" dengan pandangan yang blur...
Pegawai A : "Tak de la...arini tajuk khutbah pasal nama-nama yang baik untuk diberikan kepada anak dan juga untuk panggilan...ada lah cerita-cerita and sebut nama kau...2-3 kali jugaklah khatib tu sebut nama ko" kata pegawai tu...
Saya : "Khatib tu sebut nama apa ye??"
Pegawai A: "Khatib tu berulang kali sebut, kenapa lah orang sekarang tak nak letak nama anak-anak dengan nama yang indah, nama yang baik, nama yang ada maksud yang baik...contoh macam Quratu'ain..kan nama tu lebih baik maksudnya?...khatib tu cakap la...eh, ape maksud nama ko tu nad?" tanya pegawai A tu...
Saya : "Owh...Quratu'aini tu maksud dia 'PERMATAKU', boleh jadi juga 'BUAH HATIKU', and mungkin boleh jadi 'PENYEJUK MATAKU'...Nadrah tu pulak maksud dia 'SEKEPING EMAS'... Dulu masa nad kecik2 dulu, masa time tu, nama Quratu'aini/Quratu'ain ni tak popular macam sekarang...so kalo check balik, orang yang nama macam nad untuk yang sebaya dengan nad memang sangat kurang...tak macam sekarang..."
Pegawai A: "Owh! patut la aku nak send email dekat ko senang!"
Saya :"Eh! pasai apa pulak?"
Pegawai A: "yela...aku cuma taip huruf 'Q' je, terus kuar nama ko...hahahahahahaha!!!!"
Saya : "LOL!!"

Hahahahaha...tu je la cerita nya pasal khutbah jumaat arini...selebihnya saya tak boleh nak cerita sebabnya saya tak ada dekat tempat kejadian...
So, for those kawan2 yang dah merancang untuk berkahwin, atau dah berkahwin atau tengah mengandung, silalah pastikan nama anak tu memberi makna yang baik dari sisi islam...panggilan nama pun, biarlah yang baik2 juga supaya dapat membentuk akhlak yang terpuji...bye...




"Owh ye! SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA...sayangi,sanjungi junjungan besar kita... Nabi Muhammad s.a.w... Assalammualaikum!"

No comments:

Post a Comment