Home

Wednesday, February 8, 2012

Kalau nak senyap...biar senyap TERUS!

Kadang-kadang rasa macam dah tak larat nak lalui kehidupan yang sangat stress ni...
Mencabar sungguh kehidupan ni rasanya...
Kalau dulu masa time sekolah or masa time belajar...waktu tu dah rasa macam sangat2 mencabar pastu nak sangat2 cepat besar supaya boleh kerja...
Rasa macam kalo kerja tu, semua masalah boleh settle...
Tapi sebenarnya tu semua harapan yang hanya sebuah harapan...

Hidup tidaklah seindah yang kita bayangkan selalu...
Setiap perkara yang kita nak lakukan ada saja halangan dan cabarannya...
Paling lemah adalah cabaran bila perlu berdepan dengan manusia...
Ape? hebat sangat ke manusia ni? dia pun makhluk ciptaan Allah s.w.t jugak kan?

Saya pun tak pasti sejak bila kita diajar, diasaskan dan ditanam dalam fikiran mengenai pandangan 'double standard'...
Perasaan tak, kenapa sekarang orang yang senang makin senang...yang susah makin susah??
Aaahhh! itu semua terpulang kepada rezeki masing2 kan? ye..memang rezeki tu datang dari tuhan...setiap makhluknya dah siap tertulis rezeki mereka...Allah Maha Kaya lagi Maha Pemurah...
Tetapi manusia ni yang degil dan tak pernah rasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan...tak pernah rasa puas dengan apa yang ada...sentiasa berasa cemburu dengan nikmat yang orang lain dapat...

Yang baik dulu, boleh jadi musuh dalam selimut...
Yang jahat dulu, boleh jadi pemimpin ummat...
Semua ni tak mustahil...
Bila2 masa boleh terjadi pada dunia akhir zaman ini...

Kadang2, bila mulut terkunci rapat...
Tapi kita tidak sedar yang tangan kita telah menyuarakan apa yang hendak diperkatakan oleh mulut dan lidah...
Dan kita pun tak sedar bila mata memberikan kita isyarat kepada sesuatu perkara bagi menggantikan suara...
Dan memek muka telah menyatakan isi hati tanpa perlu menyuarakan apa2...
Tak boleh ke bila mulut senyap, segalanya pun terus senyap??

Hurrmmm...dunia...dunia...
mulut dah tak payah bersusah payah untuk berkata2 lagi...
sebab dah terlalu banyak medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan segala yang tersurat dan tersirat..
Renung2 kan dan fikir2 kan...bye...

No comments:

Post a Comment