Home

Monday, January 16, 2012

S.P.E.E.D = Kill!!


Cantik kan?
Memang semua orang teringin nak beli and memiliki lah kereta cenggini..
And saya pun memang salah seorang daripada orang yang teringin tu la...ekekekkeke
Smart je kan? pergghh!! kalo la dapat ni, memang best kalo nak besit! huhuhuhu

Tapi, ada 1 cerita yang saya nak share dengan semua orang...mungkin dekat berita or surat khabar tak ada cerita kot...tengok pic2 ni dulu...



13 Januari 2012, Jumaat - Sepang,
Satu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah kereta berjenama Ferrari telah berlaku....
Dekat kilometer berapa saya kurang pasti...sumber yang sahih saya dapat dari seorang kawan....
Dia yang kebetulan lalu dekat kawasan berlakunya kemalangan ni...masa dia sampai, dia antara orang yang terawal and turut membantu menenangkan mangsa...
Mangsa yang terlibat seramai 2 orang...tapi yang cedera parah dia punya penumpang yang duduk sebelah (yela, ferrari kan 2 seater je..)...yang driver cuma cedera ringan je....
Menurut kawan saya, sewaktu beberapa minit sebelum kejadian, kereta dia dipotong dengan laju oleh kereta Ferrari ni...kawan saya kata, masa dia berselisih dengan kereta Ferrari ni, memang terasa bergegarlah kereta dia sebabkan laju sangat kereta tu, so impak angin tu sampai kereta kawan saya bergegar! giler punya laju la senang cerita...mungkin dia bawak lebih dari 200km/j kot (saya agak la...hehe)
Punca berlakunya kemalangan ini adalah disebabkan kereta Ferrari ni nak mengelak kereta depan yang tiba2 masuk ke lane tengah (yela...saya pun kalo tgh drive, nampak kereta belakang lain macam punya laju,so confirm2 la saya akan pindah lane, bagi laluan dekat kereta yang bawak laju giler ni kan...saya pun tak paham la nape la driver Ferrari ni pegi pandai sangat konon2 laju nak potong/cilok la kereta depan tu kan? tu la..bawak kereta tak pikir guna otak.....tau tekan pedal minyak sampai santak abih,then bila ada kereta depan, tak boleh nak agak...kalau mungkin dia slow down kan sikit or at least lepaskan pedal minyak and biarkan kereta depan tu pindah lane dulu mungkin kemalangan ni tak akan berlaku)...

Nasib baik la kereta ni adalah FERRARI...sebabnya, kereta jenis ni dicipta khas untuk dipandu laju (tapi lebih sesuai kalo pandu laju dekat litar sepang F1 tu)...and nasib baik jugaklah kereta ni body dia kuat...tak macam body kereta biasa2 ni...biasanya, kereta kalo dia menghentam sesuatu yang sangat keras dlm kelajuan yang tinggi, confirm2 kereta tu akan REMUK macam tin air gas tu...and mangsa selalunya akan bersepai2 ataupun senang cerita cedera parah lah (itupun kalo hidup lagi)...tapi kereta ni, kerangka body dia memang best, even kemalangan yang teruk giler macam ni pun, alhamdulillah driver and co-driver dia masih terselamat...driver yang bawak Ferrari ni just koyak kat kening je...tapi yang nampak cam teruk dia nye co-driver yang duduk sebelah la...sebabnya, masa time kereta ni terseret ke tepi, abih semua besi2 divider jalan ni dia langar...jarak lebih kurang dari satu tiang lampu dia terseret and berhenti dekat tiang lampu yang lagi satu...sebabkan kereta ni sangat rendah, so sebab tu la dia termasuk bawah divider jalan....

Saya rasa kalau tak ada la tiang lampu tu, mungkin kereta tu dah masuk ke ladang kelapa sawit dekat tepi highway ni kot...huhuhuhu...

Ape2 pun...tujuan saya tulis entry bukan nak aib kan sesiapa pun...
Cumanya saya berharap agar all readers, tak kira la yang follow or tak follow saya dalam blog ni...in case kalau awak baca blog saya ni kan? Beringatlah semasa berada di jalan raya....masa memandu tu, ingatlah orang yang tersayang...kalaupun on that time awak tengah putus cinta, then awak rasa dah tak ada orang sayang dekat awak...tu bukan alasan untuk awak mencederakan diri sendiri or orang sekeliling ye...ingatlah, Tuhan tu berada di samping kita....orang dah tak sayang kat kita tak apa...tapi yang paling penting, sayanglah diri sendiri dulu ok?

Nak bawak kereta or motor laju2 boleh! tapi bukan dekat jalan raya....mungkin nyawa awak terselamat, tapi awak kena ingat, nyawa orang lain macam mana?? ingatlah, LAJU ITU MEMBUNUH!  or dalam bahasa inggerisnya, SPEED IS KILL! nak buat ape bawak laju2? nak cepat sangat sampai? sampai ke mana? kalo dah eksiden macam ni, boleh lagi ke nak cepat sampai? tak kesian ke dekat mak ayah yang sedih bila kita kemalangan?? lagi satu, tak sayang ke duit yang keluar beribu riban tu untuk bayar beli kereta, tup2 bila eksiden total lost macam ni, hape pun tak ada...yang ada cuma sakit (tu pun kalo hidup lagi..syukur alhamdulillah), surat saman (silap2 kena naik court) sebab bawak laju sangat or melanggar peraturan lalu lintas, kecacatan kekal and sebagainya lah....itu ke yang kita nak? tak nak kan? so rasa2 bila tengok gambar ni, agak2 nak bawak laju2 tak dekat highway?? (tanya kat diri sendiri...hehehe)

Saya tau, saya pun kekadang bukan lah seorang yang sangat mematuhi peraturan jalan raya pun...tapi saya sentiasa beringat...nak bawak laju boleh, tapi biarlah beragak...ni, mentang2 la bawak kereta auto,sedap je tekan minyak sampai 180 km/j kan?? hahahahahaha nak buat ape nampak hebat sedangkan bahaya ada dekat depan mata?

So, saya berdoa and berharap brother yang cedera parah tu (co-driver) selamat and panjang lah umur hendaknya...harap2 kecederaan abg tu tak teruk...kawan saya cakap, dekat sejam dia duduk menghadap brother ni sambil ajarkan mengucap and beristighfar...sebabnya, walaupun tak ada bleeding yang teruk, tapi mungkin kaki brother ni patah kot...patah berapa tu saya tak sure....kawan saya cakap, brother tu cuma boleh gerakkan leher & kepala sikit then tangan dua2 belah...yang lain2 suma tak boleh nak gerak....nasib baik ada 'air bag'...and yang paling bernasib baik adalah, nasib baik dorang ni naik kereta Ferrari...sebabnya kereta ni, kalo eksiden, dia punya body tak akan remuk ke dalam and hit passenger...body dia akan bersepai2 ke luar...sebab tu la dua orang ni selamat masa eksiden ni...kalo tengok secara mata kasar, kalau lah kereta ni bukan Ferrari, memang tak tau lah untung nasib orang yang eksiden ni...huhuhuhu

Last saya nak cakap....JANGAN PANDU LAJU! BAHAYA OKEY!! TENGOK PIC TU, THEN MUHASABAH DIRI BALIK...nak buat apa pandu laju2 ni? tak ada faedahnya pun la...
Kepada brother yang cedera parah tu, saya harap sangat2 umur abang masih panjang and kecederaan abang tu tak teruk....sekian...bye!

No comments:

Post a Comment