Home

Tuesday, October 11, 2011

Lelaki vs Jantan...yg mana satu pilihan anda?

Salam, 

Hai semua! sowi la...saya memang sangat2 busy this lately....tak sempat langsung nak update blog ni...walaupun dalam kepala ni ada pelbagai benda yang nak di tulis..

Okey, berbalik kepada tajuk entry saya kali ini, ehem..ehem..hehehehe Lelaki vs Jantan, yg mana satu pilihan anda? sekarang ni zaman IT, kita kadang-kadang terpedaya dengan pelbagai helah yang di cipta oleh kata-kata dan lidah yang bercabang dua...

Selalunya kita akan cakap dan fikir yang, apa bezanya lelaki dgn jantan? mungkin ada orang cakap, 'lelaki' tu adalah bahasa lembut, sopan etc.  tapi kalau word's 'jantan' tu  a bit kasar, lebih merujuk kepada jantina haiwan... yess!! you are right! kita ni orang melayu, yang kaya dengan adab sopan dan budi bahasa yang tinggi, sebab tu la ada bahasa kasar dan bahasa lembut ni kan? cuba pegi kat Amerika sana...rasa-rasa ada ke perbezaan ayat or perkataan lembut dengan kasar ni?? ada...tapi kurang...diaorang tak membudayakan budi bahasa dan pekerti yang lemah lembut macam kita orang melayu.

kita selalu rimas dengan boyfriend, tunang, suami even ayah or adik beradik lelaki yang kuat membebel (I mean, 'kita' tu merujuk kepada kaum hawa la ye...hehe) bagi kita, orang yang kuat membebel ni especially lelaki, macam seorang yang sangat menjengkelkan...letih nak dengar bebelan mereka ni...senang cerita, kadang-kadang nk spare je la stapler dlm handbag kan...agak-agak 'si dia' tu dah start membebel je, sy nak terus stapler mulut dia...x pun get prepare 'sewing kit' dlm handbag, pinjam emak punya, bila mak tanya, nak buat pe 'sewing kit' tu, dengan selamba nya jawab, "saya nak jahit mulut 'si dia' yg kuat membebel tu mak" hahahahahaha...alangkah indahnya kalau boleh buat gitu kan??

Tapi, sedarkah wahai saudara-saudara kaum hawa, sesungguhnya lelaki yang kuat membebel ni, ada baik nya bebelan mereka tu...diaorang nak yang terbaik untuk kita...dorang bebel sebab nak kita  buat yang terbaik dan dapat kan yang terbaik dalam hidup kita...tolong rasa BERUNTUNGLAH bila dapat 'si dia' yang kuat membebel...memang rasa agak menjengkelkan kadang-kadang...tapi cuba pikir balik, apa yang 'si dia' cakap tu memang ada logiknya...cuma, biasalah...saya sebagai seorang perempuan muda (ecehceh! hahaha) yang masih ada perasaan memberontak yang tinggi, so ofcz la bila kena tegur or bebel dgn lelaki (tak kira la siapa dia dgn kita kan..) mesti kita rasa cm down sikit then tak puas hati...pastu nak melawan cakap dia..then jadi gado...itu semuanya datang dari ego kita...haaa...jgn ingat perempuan tak ada ego okey!!

Rata-rata yang saya jumpa, LELAKI memang seorang yang kuat membebel...lagi sayang dia dekat kita..lagi bertambah-tambah kuat membebel dia dekat kita....so, apa beza lak dengan jantan?? haaa...JANTAN  ni pulak, sifat dia...dia memang seorang yang kurang membebel...tapi kalo perasan, dia macam kisah tak kisah je kita ni buat ape pun...konon-konon cam open minded la sangat...then sangat-sangat memahami (huhuhu katanye la kan? haha) sebab apa golongan 'JANTAN'  ni berperangai camni? sebab dorang tu nak tarik perhatian kita kaum hawa yang lemah lagi longlai dari sudut iman ni....asal jumpa lelaki yang AYAT MANIS MACAM AIR COKE (sebab sebotol coke mengandungi 9 sudu gula, boleh potong kaki woooo!!), muka ala-ala KENDO sket, SMART, WANGI, NAMPAK BERDUIT lagi-lagi kalau pakej dia, dia hensem la pulak...haa...memang la kaum hawa yg sangat lemah dari segi iman (termasuk lah saya) memang senang-senang je kena makan dengan golongan 'JANTAN' ELIT  ni kan?? haa...amik ko! hahaha

So, kesimpulannya di sini, apa perbezaan antara JANTAN dan LELAKI, senang je....

LELAKI:
- Kuat membebel
- Fussy di dalam pemilihan
- selalu nk yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukan
- dari segi tutur kata, mungkin kurang ayat manis macam air coke tu
- kadang-kadang menjengkelkan, sebab perangai suka membebel tak tentu hala
- agak membosankan sebabnya suka sangat komen benda yang bukan-bukan

JANTAN:
- ayat manis macam air coke!
- pijak semut pun tak kan mati la...dia saja yang baik, dia yang tampan..bla bla bla...
- masa belum dapat, semuanya boleh...semuanya ok!
- kurang nk bagi komen2 yg pedas...sebabnya, kunon2 nk jaga hati
- TEMPORARY LIFE SAVER...kunon2 nye! haish! dia lah supermak! eh silap! superhero..
- everything nak up-to-date saje....
- kurang menjadi diri sendiri bila berhadapan dengan orang (especially kt dpn girls la...biasa la..cover lebey)

So, guys out there...yang mana satu kategori korang ni?? hehehe TAPI, JANGAN SALAH FAHAM YE! mungkin TAK SEMUA LELAKI YANG TERGOLONG DALAM KATEGORI saya ni....saya juz buat entry ni based on my experience je tau! JANGAN DIJADIKAN ISU LAK NANTI...penat makcik nk menjawab...hahahaha

No comments:

Post a Comment