Home

Monday, August 8, 2011

Terima Kasih Kerajaan Malaysia

Di pagi selasa yang indah ini...ingin saya mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia sebab memberi bonus separuh gaji sebagai menghargai jasa penjawat awam di dalam perkhidmatan di dalam kerajaan...

Walaupun mungkin bonus tu tak seberapa jika nak compare dengan bonus yang diberikan oleh syarikat-syarikat swasta atau organisasi gergasi yang lain...tapi saya sebagai salah seorang penjawat awam, saya ingin melahirkan rasa syukur dan berterima kasih yang tak terhingga di atas penghargaan yang tak seberapa ini...

Sekurang-kurangnya impak dari pemberian bonus ini, dapat mengurangkan sedikit beban dan menceriakan mood penjawat-penjawat awam yang lain...

Walaupun jika nak compare bonus masa zaman dulu (which mean, zaman mak ayah saya sebelum bersara), memang ada bonus yang diberikan..kadang-kadang mencecah 3 bulan gaji...tapi kita kena faham, sejak dari kemerosotan ekonomi negara kita dulu..sistem pemberian bonus dah tak seperti dulu...tapi sekurang-kurangnya kerajaan masih ada consideration dalam hal ini...memang bagi orang yang berduit, RM500 tu macam celah gigi je bagi dorang...tapi cuba fikirkan bagi orang yang sungguh-sungguh terdesak, mungkin anak or tanggungan yang ramai..mungkin juga dia mengalami kesempitan wang...bila dapat bantuan RM500 tu, betapa bahagianya perasaan mereka...

Di harap dengan pemberian bonus ini, semua penjawat awam dapat memberikan khidmat yang lebih baik, bekerja dengan lebih ceria dan dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan perasaan dan jiwa tenang...

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada kerajaan Malaysia di atas pemberian bonus ini...

*ececeh! skema giler ayat kan?? ekekeke wut ever la ..yg penting, saya sangat happy hari ni...

2 comments:

  1. wah..gler awl post entri baru..dn giler best dpt bonus..nk jugak...huhuhuhu~

    ReplyDelete
  2. hahahha semangat dapat bonus kan...tu yg cpt je update entri tu...bonus tu,ok la..alhamdulillah...daripada tak ade lgsg kan?

    ReplyDelete