Home

Tuesday, August 9, 2011

Senyum...tak perlu kata apa-apa...SENYUM!


Senyum lah wahai si manis,
Senyum lah wahai si kacak,
Senyum lah wahai sayangku,
Senyum lah wahai manjaku.

Susah ke nak senyum? ada emas ke dalam mulut tu sampai susah sangat nak senyum?

Kalau orang pandang kita dan senyum dekat kita, perlu ke kita nak jeling dia? ataupun kita hanya pandang dengan pandangan yang kosong?

Adakah bila senyum dengan orang, kita akan beranggapan orang yang senyum dengan kita tu orang gila atau pun mungkin jugak orang tu nak mengorat/usha kita? eeewww! perasan la awak ni!!

Salah ke senyum dekat orang? susah ke nk balas balik senyuman tu? bukan ke senyuman itu satu sedekah?  adakah berdosa kita bila kita membalas senyuman orang?

Saya masih tak faham kenapa orang susah sangat nak senyum ataupun membalas senyuman orang lain...senyum tak memerlukan anda untuk mengeluarkan walau satu sen pun duit dari poket...malah dengan senyuman juga awak tak perlu pun mengeluarkan tenaga yang berlebihan untuk melakukannya...

Apa guna pakai lencana SENYUM ini, kalau senyuman di wajah sendiri pun susah untuk di ukir??

~pic taken from google~
Wahai manusia sekalian...hehe lemparkanlah senyuman anda yang manis lagi suwweeettt gitu! tak kisah la nak senyum dekat siapa pun...even senyum dekat kucing....anda tak akan rugi walau satu sen...orang suka dekat awak, dan awak pun akan di sukai orang lain...senyum lah dengan seikhlas hati...walaupun hanya dengan senyuman, orang yang menerima senyuman itu akan merasai keikhlasan hati awak tu...percayalah...

Sekian dari saya...Senyum-senyumlah selalu...senyum pemanis wajah yang sejati...

No comments:

Post a Comment