Home

Thursday, August 4, 2011

Mari Mensucikan Hati dan Jiwa di bulan Ramadhan

Assalammualaikum,

Dekat ofis saya ni, memang kami dititikberatkan mengenai soal and perihal agama...setiap minggu, hari jumaat pagi, setiap bahagian akan mengadakan sesi bacaan yaasin and sedikit jamuan ringan...

Di sebabkan minggu ni adalah minggu pertama kita berpuasa, Badan Hal Ehwal Agama di ofis saya ni pun mengadakan Tadarus Al-Quran, di mana setiap bahagian akan dibahagikan mengikut juzuk untuk memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran..

Dan saya tak melepaskan peluang ini untuk sama-sama turut serta...yela,dulu masa saya berkerja di syarikat swasta, memang tak ada langsung aktiviti macam ni diadakan...lagipun,saya dah lama jugak la tak membaca Al-Quran...kalo tidak,dulu time blaja or sekolah, rajin jugak lah saya membaca...sekarang ni, semuanya bertiketkan alasan penat berkerja seharian...tapi memang saya penat pun...penat sebab perjalanan yang jauh yang terpaksa saya tempuhi setiap hari yang melelahkan saya...

Jadinya, pada hari yang telah ditetapkan iaitu pada 4 Ogos 2011, kami berkumpul di bilik mesyuarat then start mengaji bersama....saya dipertanggungjawabkan untuk membaca surah Maryam dari ayat 1-50...Alhamdulillah,saya berjaya menyempurnakannya dengan bantuan bos saya...hehehehe kami mengaji bersama-sama semalam...very closed ok! hehehehe


Wahh!! sungguh tekun kami semua mengaji...hehe

Bos dan PA dia...hahaha saya la tu...

akak-akak ofis saya yang sporting and sama-sama menjayakan program ni..

No comments:

Post a Comment