Home

Saturday, August 6, 2011

LELAKI = AWAN???

Sy bukan nak buat entry pasal research on about kejadian awan or what so ever tau! ekekekeke cuma..sy ade bercakap dengan seorang kawan...dia ni memang terkenal dengan sikap poyo and cakap besar dia...walaupun macam tu, sy suka layan kepala dia sebab bagi sy dia agak menghiburkan...kenapa sy cakap dia menghiburkan? ye la, setiap kali dia try to make me impress with him, dia akan start bercerita mengenai kehebatan dia and benda2 yg sy tau dia memang tak mampu untuk lakukan..bagi sy dia macam banyak berangan dengan imaginasi dia...tapi,actually it's good..memang berangan ni penting dalam hidup kita...yg orang duk selalu ckp tentang misi and visi tu kan? semua tu datang dari angan2, tapi angan2 yg berasas and boleh di laksanakan, yg akan di laksanakan dan yang perlu di laksanakan..

So, talking about my fren ni..saya pun mintak la pandangan dia mengenai a few things...saja je, nak tengok, dia ni boleh ke jadi seorang yg realistik kan? masih ada logika ke kt dlm kepala dia tu...then saya bagi 1 permasalahan, lebih kurang macam case study la kt dia...and mintak pandangan dia macam mana untuk settle up that problem..mula-mula memang la dia bagi pandangan yang tak masuk akal..tapi bila da lama-lama bercakap and berborak...sy start rasa yg dia bercakap mengenai sesuatu yang berasas...

Saya mintak pendapat mengenai human behavior la...berkenaan dengan perangai lelaki and what so ever...then suddenly this word keluar dari mulut dia:
"Camni la nad...lelaki ni memang susah nak di duga apa kehendak dia..kadang-kadang ape yang keluar dari mulut dia tu bukan apa yang dia sebenarnya nk katakan...especially lelaki yang sudah berusia and dah matang...cara and corak pemikiran dia lain...ko bukan setakat kena belajar memahami dia dari segi perangai and perbuatan dia je..tapi ko kena belajar macam mana cara dia berpikir....ko tak leh nk samakan yang semua lelaki akan berfikir macam ayah ko berfikir..ko memang beruntung dapat ayah yang memahami ko and tak pernah nk sekat ko untuk ko dapatkan pengalaman hidup..tu mungkin salah 1 cara ayah ko untuk mengajar ko mengenai kehidupan ni...tapi ko kena faham,tak semua lelaki berfikiran macam tu...ko jangan sangka yang lelaki berpakaian smart, up-to-date tu semua akan berfikiran canggih...kadang2 dorang jugak ade yg berfikiran kolot...maksud aku kolot ni, bukan nya nk mengata yang lelaki berfikiran kolot ni orang kampung or orang yang tak mengikuti perkembangan semasa...cuma dia lebih kepada country men yang down to the earth...dia masih memegang adat resam tertentu...mungkin ramai perempuan sekarang ni agak kurang setuju dengan cara lelaki yang macam ni..sebab tu dia gelar 'lelaki kolot'...but for your info nad...lelaki yang macam ni, yg what-so-call as 'lelaki kolot' ni la yang paling ideal untuk buat suami....sebab, he know how to control and manage their lady...perempuan fikir lelaki kolot sebab perempuan sekarang ni ramai yang lebih berjaya and berpelajaran tinggi...so kadang-kadang dorang lupa peranan dorang sebagai seorang wanita pendokong tulang belakang kepada lelaki yang dipanggil 'SUAMI'...memang perempuan akan ramai mengejar lelaki2 yg 'konon-konon berfikiran OPEN MINDED' tu sebab bagi dorang lelaki tu sungguh memahami kehendak and jiwa dorang..."

wow! panjang lebar explaination yang kawan saya bagi kan? hahahaha tak sangka ape yang dia cakap and sampaikan, masih terdapat logika di dalam idea and corak pemikiran dia...Alhamdulillah...hahahahahha

Ape yang menariknya adalah, dia relate kan lelaki ni sama macam 'AWAN'...sebabnya, dia kata AWAN ni kita boleh duga tapi kita tak boleh nk jangka...mungkin mengikut pengkaji ramalan cuaca, cuaca hari ini mungkin akan hujan...tapi itu just ramalan, tapi mungkin juga kebarangkalian akan berlaku ribut pada hari itu...mungkin juga cuma hujan renyai-renyai...mungkin juga boleh jadi, hari cuma mendung tanpa hujan...dan boleh juga jadi hari yang cerah dan ceria tanpa ada tanda-tanda akan hujan walaupun ramalan kaji cuaca mengatakan yang hari ini akan hujan...

hurm...saya pun, mula-mulanya kurang faham dengan apa yang dia maksudkan dengan AWAN dan lelaki..ape kait kan? tapi sekarang, saya rasa saya dah boleh paham sikit-sikit kot...kadang kala, kita rasa kita dah cukup faham seseorang tu...tapi sebenarnya perangai orang boleh berubah-berubah mengikut masa dan keadaan...sedangkan hati pun boleh berubah...inikan pula perangai kan? berapa lama pun kita kenal dengan seseorang tu...belum tentu kita kenal hati budi dia secukupnya...yang penting, penerimaan kita terhadap diri dia,then penerimaan dia terhadap diri kita...tu yang paling penting...
 

No comments:

Post a Comment