Home

Tuesday, August 9, 2011

Kenderaan RASMI saya ke PEJABAT


"KTM KOMUTER"


 ~Pic taken from google~
Memperkenalkan.....inilah kenderaan RASMI saya ke pejabat!! tada! hahahahaha 

Inilah tren yang 'Paling Pantas' , 'Menepati Masa' & 'Selalu tak ada MASALAH'!! huurrrmmmm....geram nye!! gggrrrrr!! Pantas la sangat kan?! Menepati masa la sangat!! tak ada MASALAH ke?!! arrrgggghhhhh!! Stresssssss!!!

Adoiyai! disebabkan saya ni berkerja di Kuala Lumpur, Pusat Bandar yang boleh dikatakn paling sibuk la kat dalam Malaysiaku yang tercinta ni kan...so macam tak worth it kalo saya drive all away from Shah Alam ke KL hari-hari dengan nak kena tempuh jalan yang jem, tempat parking yang limited dekat basement office saya ni, kos perjalanan yang tinggi...haish! so alternatif yang saya boleh ambik adalah dengan menaiki pengangkutan awam/kemudahan awam ni la...

Nak naik bas dari Shah Alam ke KL saya tak reti...saya tak tau nak amik bas dari mana then nak berhenti dekat mana? pukul berapa selalunya bas ni datang? bas no. berapa? bas ni lalu mana? haish! banyak sangat persoalan saya ni...nak naik LRT, the nearest station adalah dekat station LRT Kelana Jaya...tapi, pagi-pagi dari Shah Alam nak ke Kelana Jaya, jalan memang sangat-sangat jem! keluar je dari tol Batu 3, haaaa...hambik ko! kereta dah bersusun da...adoiyai!

So, kemudahan yang paling mudah untuk saya adalah dengan menaiki TREN KTM KOMUTER di Stesyen Shah Alam... dari Shah Alam ke ofis saya, saya perlu berhenti di stesyen Bank Negara...

~pic taken from google~
Lebih kurang dalam 13 stesyen saya kena lalu untuk sampai ke stesyen Bank Negara kalau saya naik dari stesyen Shah Alam...lepas tu, masa perjalanan lebih kurang dalam 50 minit ke sejam...tren komuter punya jadual perjalanan pulak, stiap stesyen lebih kurang dalam 30 minit...bayangkan kalau terlepas 1 tren, then nk kena tunggu lagi 30 minit untuk tren sampai, then perjalanan untuk sampai ke destinasi yang di tuju adalah selama lebih kurang sejam?!

Lepas tu, kalau tren tu delay, rosak tengah jalan ataupun pihak KTM batalkan 1 trip perjalanan komuter untuk sesuatu masa...bayangkan berapa punya sesak keadaan dalam tren tu, especially kalo time peak hour (antara 6.30 a.m - 8.00 a.m dan 5.00 p.m - 6.30 p.m)..dengan keadaan dalam tren yang bersesak-sesak...tak kurang jugak orang-orang yang dah terdesak untuk sampai ke destinasi dengan cepat, mungkin kejar masa mereka...orang bertolak-tolakkan untuk masuk ke dalam tren, ada yang tersepit, ade yang bergerak tanpa perlu berjalan (sebab dah di tolak dari belakang untuk berebut masuk ke dalam tren)...boleh bayangkan tak macam mana keadaan dia?? time tu, memang hilang semua sifat lemah lembut seorang wanita, sifat gentlemen seorang lelaki, semuanya selfish dan berebut-rebut untuk masuk tanpa memikirkan ada wanita yang sedang mengandung, yang bawak anak-anak kecik, budak-budak menjerit kesakitan sebab tersepit di celah-celah manusia, warga tua dan orang kurang upaya yang sama-sama menggunakan perkhidmatan tren komuter ini...hurmmm...saya tak tau macam mana nak gambarkan lagi keadaan di dalam tren bila time peak hour ni....bayangkan, bila kita tersepit di antara manusia-manusia sampaikan tak ada tempat untuk berpaut...rasa macam duduk dalam TIN SARDIN...tin sardin pun tak sepenuh manusia dalam tren komuter ni tau!

~pic taken from google~
~pic taken from google~

Pengalaman saya sendiri, dari sejak mula menaiki tren komuter...dah berapa banyak kali kejadian di mana orang pengsan semasa berdiri di dalam tren...akibat daripada bersesak-sesak, orang bertolakkan, kekurangan oksigen dan juga aircond menjadi kurang terasa sebabnya terlalu ramai orang di dalam tren dan keadaan cuaca di luar yang sungguh panas...pernah juga saya tengok seorang lelaki muda, tiba-tiba muntah dan pitam di dalam tren...semuanya akibat daripada kesesakkan di dalam tren dan kekurangan udara/oksigen yang secukupnya untuk menampung keperluan manusia yang ramai di dalam koc tren yang sungguh kecik. 

Saya sendiri, dah berapa banyak kali kena sound dengan bos sendiri..yela, bayangkan dalam sebulan, mesti ada paling kurang pun 3 kali lewat sampai ke ofis...semuanya akibat daripada masalah-masalah begini la...berapa cepat pun saya keluar rumah, tren komuter belum tentu dapat sampai on time... bayangkan saya hari-hari keluar rumah selepas solat subuh, lebih kurang dalam pukul 6. 10 a.m atau 6.15 a.m...tapi saya masih juga sampai lewat akibat daripada masalah-masalah tren yang tak pernah nya ada perubahan ni...

Kadang-kadang saya jadi pelik, kenapa pihak pengurusan KTM Komuter menambah stesyen komuter tetapi mutu perkhidmatan yang ditawarkan sangat menghampakan...tanya la rata-rata pengguna KTM Komuter...ape feedback dari dorg? confirm punya la ramai yang tidak berpuas hati malah ada yang akan mengeluarkan kata-kata makian...saya sendiri mengaku, akibat daripada kelewatan tren dan juga masalah-masalah tren ini, reputasi saya di pejabat sangat rendah...terer macam mana pun saya buat kerja, bagus mana pun saya ni dalam handling tugas-tugas saya...tapi kalo punch card saya asyik merah je...ingat bos nk bagi appreciation ke???!! nak salahkan siapa dalam hal ni? salah saya sebab saya keluar lambat ke? hello! nak suwuh saya keluar awal mana lagi??

Orang ramai yang rata-rata pengguna setia KTM Komuter ni kebanyakkan nya adalah orang-orang yang dah tak ada pilihan lain untuk transportation mereka ke tempat kerja...saya rasa, kalau ada option lain, mungkin kalau stesyen LRT dipanjangkan hingga ke stesyen Shah Alam or at least sampai di stesyen Subang...mungkin boleh lari semua customer KTM Komuter ni...serious saya cakap! orang ramai termasuk saya dah mula feed up dengan keadaan tren dan juga kelewatan tren yang tak menepati masa...kadang-kadang saya rasa pelik, kenapa LRT Star or Putra boleh sampai on time, malah duration dia untuk setiap stesyen, tak akan melebih 5 minit...tapi kenapa KTM Komuter tak boleh lakukan sebegitu??  

Sepatutnya, pihak KTM Komuter perlu menjaga perkhidmatan dan juga menjaga hubungan baik antara pihak KTM sendiri dan pelangan....memang buat masa ini, kebanyakkan pengguna KTM Komuter sangat-sangat bergantung dan memerlukan perkhidmatan KTM Komuter sebagai pengangkutan utama mereka...yela, sebab tak semua orang mampu untuk memiliki kereta, mahupun menaiki kereta untuk ke tempat kerja...mungkin untuk mengelakkan kesesakkan, mungkin juga kerana ketiadaan parking, dan mungkin juga kebarangkalian kerana untuk berjimat.  

Saya sangat berduka cita dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak KTM Komuter sekarang ini...kerana ia bukan saja menjejaskan reputasi saya di pejabat malah boleh membuatkan saya stress hampir setiap hari malah boleh dikatakan saya banyak membuang masa saya dengan hanya menunggu tren yang tak kunjung tiba...menerima bebelan yang tak berhenti dari bos saya malah siap di perli hampir  setiap masa akibat kelewatan saya yang diakibatkan oleh masalah yang berpunca daripada KTM Komuter ini...

Saya sangat berharap agar pihak KTM Komuter dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan juga menambahbaikan lagi kelancaran jadual perjalanan KTM Komuter untuk kebaikan semua disamping menawan kembali hati pelangan setia tren KTM Komuter yang senasib dengan saya...

Pesanan terakhir dari saya...Wahai Tren KTM Komuter...tolong lah jangan lambat lagi...saya dah tak tahan kena marah and kena bebel...saya pun dah tak larat nak stress pagi-pagi...saya muda lagi, tolong lah jangan bagi penyakit datang menyerang saya cepat-cepat...elok-elok saya tak ada penyakit darah tinggi, tak pasal-pasal nanti saya dapat hypertension nanti! huhuhu 

Sekian dari saya....

7 comments:

  1. Salam, prestasi ktm in masih lagi macam itu ke sekarang? Saya xpernah naik ktm lau nak ke Shah Alam , selalunya naik bas dr kl sentral. Stop kt seksyen 2. Masa perjalann dlm 1 jam 30 min... Lau saya naik ktm lg lambat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, minta maaf lambat reply ye...sekarang ni KTM sangat efisyen.. dah jarang ada kelewatan...dari stesyen Shah Alam (dekat seksyen 19) ke KL Sentral dalam 30 min sahaja... peak hours dari jam 6 pagi hingga 9 pagi, kekerapan tren setiap 15 min.. try la...

      Delete
  2. Assalamualaikum, maaf menyampuk kebetulan nmpk blog ni ms duk googling stesen baru shah alam, smpt la naik train 6 coach ni g keje kl sblm resign sb t'lalu menyampah dgn KTM..paling menyampah sbg penduduk seksyen 19..keadaan di area ktm semakin teruk..x guna ktm buat parking baru ttp sesak, ramai selfish msh park sebelah jalan biarpun area turun/amik dh sediakn, maka sesak jln kecil yg connect antara sek18-19 waktu hampir puncak dh jem. Skrg ada re-proposal nak bina stesen br di tapak kilang carlsberg, stesen sediada msh kekal cuma nak sempurnakan interchange all in one. Bak kekata saudari bina stesen byk tp train ttp lembap x gn juga..cuma hrp 6 coach ni kekal efisyen dgn ketepatan waktu dan kurang delay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...hehehehe dah setahun awak post komen dekat sini, baru saya nak jawab...sorry eh lambat reply...actually memang ktm tak efisyen, and pengguna pun ramai yang selfish... kemudahan dah ada sedia, tapi tak nak guna...saya paling salute kalo ktm boleh buat setiap 5 minit satu tren..tapi rasanya macam tak boleh je kan...kekerapan setiap 15 minit pun selalu delay...haish!

      Delete
  3. As salam. Mohon bantuan info. Kalau saya dari kl central mcm mana cara paling mudah dan jimat utk ke seksyen 4 shah alam? Mohon puan sudi membantu.

    ReplyDelete
  4. As salam. Mohon bantuan info. Kalau saya dari kl central mcm mana cara paling mudah dan jimat utk ke seksyen 4 shah alam? Mohon puan sudi membantu.

    ReplyDelete
  5. KTM komuter nie..terhegeh-hegeh..37 minit dari shah alam ke kl sentral. Sepatutnya boleh buat 15 minit jer ke KL Sentral. Kita tunggu LRT 3, insya Allah..semuanya akan selesai..

    ReplyDelete